“Byk kali ulang, suka betul tgk Datin sengih2 camtu” – Netizen

Sebagai isteri mahupun wanita, kita seringkali disinonimkan dengan melakukan kerja rumah. Memasak, kemas rumah dan sebagainya. Wanita memang tak lari lah dari buat kerja-kerja yang macam tu kan. Sudah jadi kerja kebiasaan kita buat dan uruskan hal rumah. Tak kisahlah bergelar suami isteri ataupun tidak.

Tetapi, harus diingatkan bahawa ka0m lelaki juga kenalah sentiasa membantu isteri mereka mengemas rumah dan settle apa yang patut. Bukannya duduk goyang kaki dan tunggu makanan siap dihidangkan saja, kena sama-sama.

Ada dimuat naik telatah Datin Shahida yang melakonkan gelagat wanita apabila mereka mengerjakan kerja rumah. Habis dicucinya satu rumah sampailah kemas. Alahai, comel sungguh telatah dia tu tau.

Telatah Datin Shahida yang sapu sampah, kemas tandas dan sebagainya. Memang betul lah, itu tugasan kita sebagai seorang wanita. Tapi, ingat bukan wanita je tau, lelaki pun kena buat kerja yang sama. Sama-sama kemas.

Bak kata caption nya yang berbunyi “Jangan cakap kami para isteri goyang kaki je tau kalau duduk rumah. kami mengemas rumah,basuh baju, cuci pinggan mangkuk, cuci tandas dan banyak lagi. orang je tak nampak apa yang kami buat. suami balik rumah tahu tahu dah kemas je”.

Haa, betul lah tu apa yang dikatakan oleh Datin Shahida tu. Banyak tugas seorang wanita ni. Kalau wanita tersebut merupakan wanita yang bekerja, lagilah double kerja yang mereka ada. Tak terkejar semua kerja nya.

Rata-rata netizen,khususnya wanita semuanya bersetuju dengan kata-kata Datin Shahida, yelah kita semua sokong sek kita. Jangan suami tahu-tahu kerja dah siap, kita yang kena sama-sama membantu dalam urusan kerja rumah.

Seronok kan kalau dapat pasangan yang sentiasa membantu kita buat kerja rumah. Dapat sama-sama berkongsi lelah dalam menguruskan hal rumah. Bukan satu pihak je yang uruskan hal rumah, malah bersama-sama.

Justeru, suami isteri mestilah bersama-sama menguruskan hal rumah. Dapat lah ringankan sedikit kerja-kerja tersebut. Kalau isteri memasak, apa salahnya kalau suami basuh baju ? Boleh tak macam tu ? Barulah syok sama-sama.

Sumber : Ig Shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!