“Straw tu beli dkt mana, adoi anak dah mintak dah” – Netizen

Melihat zaman yang kini serba canggih ini, kita mudah untuk mengikuti perkembangan anak selebriti yang juga turut sama popular dengan ibu atau bapa mereka. Anak selebriti pun ada akaun Instagram yang dikawal sepenuhnya oleh ibu bapa mereka. Di situlah mereka berkongsi video kenangan anak-anak mereka ketika kecil hinggalah meningkat besar.

Termasuk juga buat pasangan selebriti Amar Baharin dan isterinya Aamyra Rosli yang turut aktif mengendalikan akaun anak sukungnya iaitu Aqeef Anaqi.

Dari bayi hinggalah Aqeef sudah fasih bertutur, akaun Instagramnya masih aktif dengan video dan gambar terkini Aqeef. Si cilik ini pun sudah memiliki pengikut seramai 689,000 pengikut dan popular dalam kalangan netizen.

Kecil-kecil lagi dah popular si Aqeef comel ini. Gelagat Aqeef juga sentiasa mencuri tumpuan netizen yang melihat dirinya petah berkata-kata.

Malah video terbaru Aqeef yang dikongsi ibunya telah menerima banyak tontonan sehingga cecah 512,000 tontonan. Video Aqeef pakai straw unik sambil minum air coklat berjaya mempengaaruhi ibu-ibu di luar sana untuk membelikan straw dipakai Aqeef buat anak mereka.

Boleh promote bisnes ye bila Aqeef muncul dalam video. Ada sahaja yang berjaya buat netizen nak beli setiap kali Aqeef promote barang.

Melihat pada perkembangan Aqeef, beliau telah mencecah 4 tahun dan sentiasa aktif. Bila tengok sekali imbas, wajah Aqeef betul-betul mirip bapanya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen juga memberi komen memuji wajah comel Anaqi dan sentiasa menjadi tumpuan metizen gara-gara ingin melihat gelagat lucu si cilik ini.

“Comel lah abang ni jgnlah cepat besar, nak straw tu boleh tak, suka tengok aqeef ni makin handsome lah”-Netize

Tengok Aqeef main straw tu rasa nak beli sekali jugak lah hehe.. Comelnya aqeef kalau pakai cermin mata ala-ala straw tu.

Sumber: instagram Aamyrarosli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!