“Dak kecik tu kutip makanan jatuuh”-Netizen

Lima orang cahaya mata kepada usahawan Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida beri lebih kebahagiaan buat pasangan suami isteri ini. Gelagat kelima-lima chaya mata pasangan usahawan popular ini sentiasa dikongsi oleh Aliff Syukri dan Shahida di Instagram masing-masing. Siapa sangka, lima cahaya mata mereka antara yang menjadi perhatian ramai netizen.

Mereka pun ada peminat yang tersendiri tau. Lebih-lebih lagi si cilik Raudhah anak bongsu yang paling manja dan sama iras seperti ibunya.

Meskipun Raudhah masih kecil lagi, gelagat Raudhah sering diperhatikan oleh netizen tatkala ibunya selalu berkongsi video gelagat Raudhah di Instagram.

Selain memiliki wajah iras sama ibunya, gelagat Raudhah selalu membuatkan netizen ‘geram’ melihatnya. Almaklumlah comel sangat si cilik Raudhah ni…

Malah baru-baru ini, Shahida berkongsi video yang menunjukkan gelagatnya menari bersama anak-anak gara-gara ingin ikut trending di Tiktok. Lebih menjadi perhatian apabila anak bongsu Shahida ralit mengutip makanan di lantai.

Namun lain pula jadinya apabila anak-anaknya tak ikut rentak sama dengan ibunya. Ke laut semua rentak menari masing masing hehe…

Shahida pun sememangnya sporting dengan anak-anak dan suka mengajak anaknya bermain Tiktok.

Sementara itu, video dikongsi Shahida relah menerima 165,000 tontonan dan komen daripada netizen.

Anak sulung Shahida iaitu Ammar juga telah mempunyai ketinggian yang lebih tinggi daripada ibunya seperti yang dikatakan oleh netizen.

Comelnya tengok anak-beranak ni main Tiktok. Lagi-lagi tengok si cilik Raudhah ni comel betul macam ibu dia. Semoga Raudhah membesar jadi anak yang baik ya..

Sumber: instagram shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!