“Dia nak ayah tu” – Netizen

Haiwan peliharaan seperti kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad SWT. Kucing antara haiwan yang mudah untuk dijaga dan cukup manja dengan tuannya. Melihat gelagat kucing kesayangan kita ni, memang melucukan dan membuatkan kita sendiri terhibur melihat gelagat comel mereka. Tak dinafikan, ramai di antara kita memelihara kucing sebagai haiwan peliharaan dan menjadi penghibur buat mereka.

Ada sahaja gelagat kucing yang kita dapat lihat di laman sosial media selepas dikongsi oleh pemiliknya sendiri. Turut sama, selebriti Zara Zya juga memiliki kucing kesayangannya iaitu dinamakan Beshetik.

Sehinggakan kucing Zara Zya pun ada akaun Instagram sehingga cecah 96,000 pengikut. Malah setiap posting video dan gambar Beshetik disukai ramai netizen dan peminat-peminat Zara Zya. Wow famous betul Beshetik ya..

Beshetik antara haiwan peliharaan yang sudah lama dipelihara Zara Zya dan sudah mencecah puluhan tahun jika ikut pada umur sebenar kucing.

Beshetik yang dijaga dari kecil telah dibesarkan dengan baik oleh Zara Zya dan cukup manja. Namun siapa sangka. Zara Zya sendiri mendedahkan di ruangan kapsyen pada posting video terbarunya mengatakan kucing kesayangannya itu rupa-rupanya mengalami str3s.

Malah video Zara menepuk manja Beshetik telah mencuri perhatian ramai netizen. Gelagat Beshetik yang baring di atas tuannya sambil menutup mukanya ternyata menghiburkan netizen. Betul-betul ‘sedih’ ye Beshetik sampai tutup muka hehe..

Gelagat spontan kucing kesayangan Zara Zya itu telah menerima tontonan sebanyak 259,000 dan 1000 komen daripada netizen.

Tidak terkecuali, sahabat Zara iaitu Fara Fauzana pun turut meninggaalkan komen mengusik Zara.

Ada juga sebahagian netizen memberitahu berkemungkinan kucing Zara menunggu masa untuk ‘berkahwin’. Macam-macam kerenah si Beshetik ya…

Comel betul tengok hubungan Zara Zya dengan Beshetik. Mesti sayang gila Zara dekat Beshetik ni.. Kena bagi can dekat Beshetik nak kahwin ni hehe..

Sumber: Instagram Zarazya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!