“Best betul moment ni, yg penting semangat lari sampai garisan penamat” – Aidil Aziz

Sebagai suami isteri kita haruslah sentiasa menyokong pasangan dalam apa sahaja yang dilakukan. Kadang ada benda yang dirasakan tak boleh dilakukan oleh seseorang itu, tapi dengan adanya galakan dan sokongan pasangan, pasti apa sahaja boleh ditempuh. Gamaknya itulah yang dirasakan pelakon popular, Fasha Sandha ini.

Lihatlah saj4lah video hantaran yang dikongsikan Fasha ini. Terlibat acara untuk mak-mak semasa hari sukan di sekolah anaknya kelmarin, Fasha turut sama menyertai acara larian yang ada. Nampak bersemangat juga dia.

Apa tidaknya, kongsi Fasha dalam kapsyen nya bahawa dia berasa gementar pada mulanya tatkala melihat mak-mak lain yang masuk pertandingan larian itu kvrus-kvrus dan fit. Fasha pula merasakan dirinya belum cukup ringan.

Begitupun, dia bersyukur dalam larian yang disertai akhirnya berjaya juga dirinya sampai ke garisan penamat walaupun katanya rasanya semput dan pancit. Nampaknya Fasha betul-betul seronok dengan acara disertai. Sporting je masuk acara ya…

Dalam pada itu rupanya suami Fasha yang juga aktor, Aidil Aziz orang kuat yang memberikan semangat kepada isterinya itu. Aidil di ruangan komen hantaran Fasha itu menyifatkan momen isterinya menyertai perlumbaan itu sangat best.

Kata Aidil yang penting Fasha semangat berlari hingga ke garisan penamat. “Good job sayang. Proud of you”, coret Aidil. Sweet nya apabila ia dibalas penghargaan oleh Fasha yang mengucapkan terima kasih dek Aidil beri semangat sorakan buatnya.

Selain suami dan rakan, netizen turut kagum dengan pencapaian Fasha itu dan merasakan ia juga bukan terlalu mudah untuk golongan mak-mak. Berjaya juga Fasha berlari dan menang di tempat kedua dalam trek yang boleh tahan jauh itu.

“Bergaya ibu lumba lari pun”, “Know2 je dah smpai garisan penamat. Terbaiklah walaupun dpt no 2”, “Wah.. ibu masih power. Klu mama na, no 1 dari belakang”, “Kalau saya dah tertonggeng depan padang”. Itu antara komen netizen.

Nampaknya ramai yang kagum dengan prestasi Fasha ni. Apa pun pada pengikut dan peminat Fasha di Instagram nya pasti perasan akan dirinya yang suka juga workout bersama suaminya. Dah artis kan…perlu lah sentiasa jaga badan dan fit.

Apa pun memang terbaik Fasha dan Aidil. Moga suntik inspirasi pada lebih ramai ibu bapa di luar sana untuk kekal sihat dan bertenaga walaupun dah beranak-pinak dan semakin meningkat usia. Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.

Sumber : IG Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!