“Sunat masa baby paling senang nak jaga”- Netizen

Bagaikan tidak lengkap rumah tangga tanpa tangisan bayi. Sudah tentu, setiap pasangan suami isteri menantikan detik paling berharga dalam hidup dengan kehadiran ‘permata hati’. Itulah yang lalui kini oleh aktres dan pengacara popular Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar. Tanggal 9 Mei yang lalu, pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah, telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Mira dan Wan Emir selamat diijabkabulkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putarajaya pada 3 September 2020.

Setelah berbulan menyimpan rahsia kehamilan, sekitar januari lalu akhirnya suami kepada Mira Filzah telah mendedahkan bahawa isterinya kesayangannya itu kini sedang berbadan dua.

Berkongsi berita gembira itu melalui akaun Instagram, Wan Emir memaklumkan kandungan Mira atau nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman bakal memasuki trimester ketiga. Wan Emir mengumumkan berita gembira tersebut menerusi satu entri yang memaparkan alat ujian kehamilan bersama foto perkahwinan mereka.

Sebelum ini, perkongsian foto di Instagram daripada pelakon dan pengacara, Mira Filzah, bersama keluarga kecilnya menerima perhatian warganet.

Menerusi foto berkenaan, bekas pengacara Nona itu memuat naik beberapa foto selepas dibenar pulang ke rumah dari h0spital selepas seminggu melahirkan putera sulungnya. Serentak itu, pujian netizen terhadap kecantikan Mira yang diumpamakan bidadari syurga.

Rata-rata peminat dan rakan artis turut memuji kecantikan ibu seorang cahaya mata itu. Peminat juga mendoakan Mira dan bayinya sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

Terbaru menerusi hantaran terkini di Instagram suami Mira, Wan Emir telah berkongsi mengenai anak lelaki mereka Wan Khair Amir yang telahpun di khatankan.

Bukan mudah buat seorang ibu untuk melihat orang lain ‘meny4kiti’ anaknya. Apatah lagi pula anak berkenaan baru sahaja di lahirkan sebulan yang lalu.

Bercerita lanjut menerusi hantaran tersebut, suaminya berkata Mira tidak dapat menahan air mata apabila mendengar tangisan anak mereka.

Namun begitu beliau juga kagum dengan Wan Khair Amir yang tidak meragam dan memudahkan doktor untuk melunaskan tanggungjawab semasa sesi berkhatan tersebut. Suami Mira juga turut menitipkan doa supaya luuka pada anaknya itu agar cepat sembuh.

Bercerita lanjut mengenai pemilihan nama anak, suami Mira menjelaskan bahawa Khair membawa makna baik dan elok yang juga diambil daripada nama 4rwah papa, Wan Mohammad Khair-il Anuar.

Amir pula bermaksud orang yang memegang perintah dan pemimpin. Nama ini juga diambil sebagai variasi daripada nama mereka berdua iaitu Emir dan Amirah.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen berbagi pandangan mengenai tindakan pasangan ini untuk khatankan bayi lelaki mereka pada usia baru 1 bulan.

Menurut netizen, luuka lebih cepat sembuh sekiranya di khatankan pada usia bayi. Bagaimanapun ada juga yang tidak bersetuju dan merasa kasihan terhadap bayi yang masih kecil. Berikut dikongsikan komen- komen yang di tulis netizen di hantaran berkenaan.

Alhamdulillah inshaAllah 2 hari dah keringsgt mudah jaga baby boy suunat “ – Netizen

“Anak sy hari pertama suunat, hari kedua cabut clamp, inshaAllah 2 hari lps tu da kering anak sy suunat umur 4 bulan. start dr hari pertama suunat da boleh mandi mcm biasa, cuma pampers je kene longgarkan. xperlu nk pantang apa2 sbb still baby.

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan inshaAllah sebenarnya lagi awal lagi bagus sbb anak sy masa 4 bulan da start meniarap. so better lagi awal lagi bagus” – Netizen

“macam tekejut sebab masa tu mira ada buat story cakap nak buat masa baby 2bulan tapi 30days da suunat.. kesian baby” – Netizen

“sbnrnye lg sng suunat dari baby..biasa dktr akn syorkn before baby 4 month klau nk suunat..maaf hnye pndgn..itu yg saya phm la.” – Netizen

Walaupun netizen berbagi pendapat mengenai isu berkhatan ketika masih bayi, namun pokok pangkalnya keputusan terletak pada ibu dan bapa itu sendiri mana yang lebih baik untuk anak mereka. Semoga anak Mira Filzah cepat sembuh.

Sumber: Instagram wan emir

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!