“Happy birthday buat sahabat, aku rasa hang dah tau camana aku syg kt hang” – Sharnaaz Ahmad

Persahabatan yang akrab, sehingga umpama air dicincang tidak akan putus. Begitulah persahabatan ini, umpama adik dan abang, malah lebih daripada kasih sayang seorang kawan, betapa akrabnya persahabatan mereka. Mereka juga sering mendapat tawaran bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain didalam kerja dan tugas masing-masing. Sangat elok dijadikan contoh untuk masyarakat.

Contoh yang baik boleh diambilkan menjadikan teladan dan pengajaran, walaupun mereka sering bergurau kasar dan berg4duh manja, namun persahabatan mereka tanpa perlu berselindung perangai sebenar.

Ulangtahun kelahiran Shukri Yahaya pada 13 Jun 1988, dan menjadi ucapan yang terindah daripada sahabat baiknya Sharnaaz Ahmad atau sudah terbiasa dengan gelaran Mamu. Bukan saja Mamu, malah ramai rakan taulan yang mengucapkan ucapan selamat hari lahir.

Mamu pula mengucapkan selamat hari lahir di ruangan ig milik beliau sendiri. Meskipun ia nampak seperti biasa tetapi ada maksud yang mendalam tatkala membaca kapsyennya. “Aku rasa hang tau camana aku sayang hang”, ayat Mamu yang begitu, membuatkan ramai faham tentang persahabatan mereka.

Banyak habiskan masa bersama meskipun bukan saja atas dasar kerja, mereka masih juga ada masa bersama-sama. Melepak dan menghabiskan masa dengan aktiviti yang berfaedah, serta bersama rakan-rakan yang lain juga. Meskipun masing-masing ada hal keluarga dan tugasan masing-masing, ia tidak memberikan alasan untuk mereka bersama membuat aktiviti berkumpulan.

Mamu, yang sebelum ini sering terpalit cerita yang tidak sepatutnya didengari tapi masih kuat berada ditempatnya untuk menentang cerita-cerita luar. Beliau juga banyak mengarah drama dan telemovie. Malah, beliau seorang pelakon yang hebat dan sentiasa menjadi watak utama dalam pembikinan drama dan filem.

Meskipun belum menemui mami baru untuk Jayden, tetapi beliau pasti akan memberikan yang terbaik untuk anaknya, dan juga kerjaya. Namun dlada juga dengar-dengar, beliau sedang berkawan dengan seseorang yang juga pelakon dari negara seberang. Wahhualam.

Banyak komen-komen yang diberikan, meskipun ianya dilaman ig Sharnaaz, tetapi ucapan hari lahir tetap diberikan diruangan komen tersebut. Antara komen-komen tersebut ialah seperti ini.

Ramai yang selalu menyangka Shukri dan Mamu ini berg4d0h diruangan komen, dek kerana mereka berbahasa yang kasar, namun setelah lama mengikuti perkembangan mereka barulah akan diketahui bahawa mereka memang menjadi diri sendiri. Dan suk bergurau kasar.

Sumber: ig sharnaazahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!