“Sejak jadi mak2 ni, kelakar makin menjadi jadi ye” – Netizen

Nama penyanyi Adira bila disebut, kita sudah tahu bakat nyanyiannya cukup luar biasa. Suara merdu Adira membuatkan ramai peminat suka mendengar setiap lagu yang dinyanyikan. Maka tidak hairanlah lagu-lagu nyanyian Adira banyak meraih anugerah Juara lagu. Namun siapa sangka di sebalik seorang penyanyi yang suaranya cukup memukau ini juga rupanya seorang yang melucukan.

Ada sahaja video yang melucukan dikongsi oleh Adira di instagram miliknya. Meskipun video itu simple tetapi tetap menarik perhatian ramaj netizen.

Netizen juga akui, sejak Adira bergelar seorang ibu ini sudah pandai membuat lawak spontan. Gelagat Adira ternyata membuatkan netizen terhibur melihat dirinya yang suka melawak.

Setiap video lucu yang dikongsi Adira pasti akan menerima respon yang positif daripada netizen dan peminatnya juga.

Sehinggakan mereka ingin lagi melihat Adira sentiasa berkongsi video lucu yang boleh menghiburkan ramai orang. Walaupun ia hanyalah bertujuan untuk promosi produk, idea video Adira tersebut cukup kreatif.

Malah baru-baru ini, Adira sekali lagi berkongsi video lucu di Instagramnya. Adira berkongsi situasi dirinya yang juga turut dialami oleh kita semua.

Tipulah jika kita sendiri tak mengantuk lepas makan kan? Adira pun boleh ngantuk lepas makan ayam tau hehe..

Video Adira telah mencapai 85,000 tontonan sejak baru dimuatnaiknya dan menerima persetujuan daripada netizen dengan situasi yang dialami Adira sendiri.

Tak sabar nak tengok video Adira yang seterusnya. Makin lawak Adira ni sejak jadi ibu ye hehe..

Tak sangka Adira ada bakat terpendam suka buat lawak. Suka tengok Adira kongsi video yang boleh buat kita sendiri terhibur. Bila nak tengok Adira perform nyanyi atas pentas pula eh?

Sumber: instagram adira.suhaimi

Artikel ini disediakan oleh MediaΒ Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!