“Steady Shuib, jgn lupa asal usul”- Netizen

Di mana bumi dipiijak, di situ langit dijunjung. Pasti anda sering mendengar perumpamaan sebegini yang menggambarkan diri kita ini mempunyai asal usul masing-masing. Kebiasaannya kejayaan seseorang bermula daripada kehidupannya yang pernah lalui kesusahan dahulu. Tidak semua orang dilahirkan dalam kehidupan mewah, ada segelintir orang yang melalui kehidupan susah ketika waktu kecil sehingga mendorong seseorang itu untuk berjaya.

Sebagai contoh, pelawak Shuib antara seseorang yang pernah melalui kehidupan susah ketika waktu kecilnya. Shuib sekali pun tidak merahsiakan kisah dirinya dan tidak sesekali berasa malu untuk berkongsi perjalanan hidupnya dengan netizen.

Meskipun kini Shuib sudah bergelar usahawan berjaya, beliau tetap tidak lupa asal-usulnya dan masih pulang ke kampung halamannya bersama anak-anak. Inilah contoh terbaik yang kita semua boleh ikut dengan menjadi seorang yang rendah diri walaupun dalam masa yang sama sudah bergelar jutawan.

Shuib seperti yang ramai ketahui, beliau antara selebriti dan usahawan yang berjaya dalam bidang perniagaan. Usahawan seperti Shuib antara usahawan yang bermula daripada ‘zero to hero’.

Selain itu, baru-baru ini Shuib berkongsi video beliau pulang ke kampung halamannya bersama anak-anak dan meluangkan masa dengan melakukan pelbagai aktiviti ketika waktu kecilnya. Betul-betul menggamit memori waktu kecil dahulu…

Shuib sama-sama mengajak anaknya pulang ke kampung halaman untuk merasai kehidupan di kampung. Bagi Shuib,kampung halamannya itu adalah tempatnya untuk mencari ketenangan daripada kesibukan rutin hariannya.

Rata-rata netizen yang melihat posting Shuib di Instagram, cukup bangga dengan pencapaian Shuib sekarang ini. Malah Shuib kekal merendah diri walaupun sudah bergelar jutawan.

Sementara itu, posting video Shuib menjala ikan sungai di kampung halamannya itu telah menerima satu juta tontonan sejak dimuatnaik Khamis lalu.

Netizen memuji sikap Shuib yang merendah diri dan menasihatkannya untuk sentiasa kekal ingat asal-usul dirinya yang sebenar.

Kisah Shuib sememangnya satu inspirasi buat kita semua. Janganlah lupa asal-usul kita sendiri, kerana itulah bermulanya kehidupan kita yang sebenar. Tahniah Shuib atas kejayaannya yang sekarang ini.

Sumber: Instagram shuibsepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!