“Maryam tak sabar tunggu adik keluar” – Netizen

Kehadiran bakal cahaya mata tidak lama lagi buat Fizo dan isterinya, Fazeera membuatkan mereka lebih teruja untuk menanti detik itu. Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah tentu menginginkan cahaya mata sekaligus memeriahkan lagi suasana alam rumah tangga mereka. Begitu juga buat Fizo dan isterinya yang bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi

Fazeera menerusi foto dan video di Instagramnya, kelihatan sarat hamil cahaya mata sulung dan dalam masa yang sama, masih aktif ke sana ke sini meskipun sedang berbadan dua.

Secara umumnya, ramai mengetahui Fazeera mempunyai hubungan yang rapat dengan anak tirinya, Maryam dan sentiasa bersama ke mana sahaja mereka berada.

Hubungan mesra Fazeera dan Maryam membuatkan ramai netizen suka melihat mereka yang begitu rapat serta saling menyayangi. Fazeera pun cukup lemah lembut dengan Maryam dan menyayangi Maryam seperti anaknya sendiri.

Lebih menyentuh hati apabila, satu video dikongsi Fazeera menunjukkan Maryam dengan terujanya mengucup perut Fazeera yang sedang sarat anak pertama. Nampaknya Maryam dah tak sabar nak dapat adik ini…

Maryam yang merupakan satu-satunya cahaya mata buat Fizo dengan hasil perkahwinannya bersama Mawar Karim cukup teruja untuk mendapat adik baru setelah sekian lama tiada ‘teman’.

Video yang dikongsi Fazeera jelas menunjukkan Maryam tidak sabar untuk memiliki adik baru. Reaksi Maryam yang sebegitu juga membuatkan netizen turut ikut teruja dengan bakal cahaya mata milik Fazeera dan Fizo.

Dalam pada itu, video dimuatnaik Fazeera telah menerima 45,000 tontonan dan 90 komen daripada netizen.

Rata-rata netizen turut mendoakan agar urusan Fazeera dipermudahkan dan turut memuji wajah Fazeera lebih berseri ketika berbadan dua.

Tak sabarnya nak tengok adik baru Maryam. Mesti comel macam Maryam juga. Lepas ini Maryam dah kena standby jadi kakak ni, banyak tugas nak kena tolong mummy hehe..

Sumber: Instagram fazeera

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!