“Segak naaa mamu”- Netizen

Siapa sahaja yang tidak mengenali Sharnaaz Ahmad, salah seorang selebriti yang kacak dan kemas penampilannya. Sebut je nama Sharnaaz, pasti teringat dialek utaranya yang cukup pekat. Jejaka kelahiran Pulau Pinang ini antara selebriti yang mempunyai ramai peminat wanita. Yelah Sharnaaz pun sememangnya segak dan kacak, sudah tentu ramai wanita yang sangat minat dengannya.

Lebih-lebih lagi apabila Sharnaaz berstatus solo, lagi lah ramai peminat wanitanya hehe.. Ada saja komen-komen daripada peminat wanitanya yang suka mengusik Sharnaaz.

Selain kacak bergaya, Sharnaaz juga seorang bapa yang penyayang dan sangat rapat dengan anaknya Jebat Jayden. Dua beranak ini sentiasa kelihatan berkepit bersama dan Sharnaaz sering mengutamakan satu-satunya anak lelakinya itu. Dalam erti kata lain, Jebat adalah segala-galanya buat Sharnaaz.

Baru-baru ini, posting Sharnaaz telah menarik perhatian ramai netizen apabila beliau memuatnaik video memakai set baju melayu lengkap berwarna oren.

Penampilan Sharnaaz dengan pakaian melayu lengkap menerima pujian daripada netizen. Pada awalnya, posting tersebut bertujuan untuk mempromosikan salah sebuah jenama terkenal baju melayu.

Namun sebaliknya, penampilan segak Sharnaaz yang mencuri perhatian ramai netizen. Sharnaaz juga akui tidak pernah membuat video trending seperti video yang dikongsinya itu.

Walau apa pun, segak betul Sharnaaz dengan baju melayu yang dipakainya itu. Memang marketing level power ini.

Selain itu, video Sharnaaz ditonton sehingga 370,000 tontonan sejak dimuatnaik Khamis lalu. Rata-rata netizen memenuhi ruangan komen memuji Sharnaaz yang kelihatan segak dengan baju melayu itu.

Sharnaaz yang diberi gelaran Mamu ini juga menerima komen daripada rakan-rakan artis yang lain.

Ramai peminat wanita Mamu ye. Bila tengok Mamu sarung baju melayu, segak naaa. Suka tengok style Mamu sekarang, mkain kacak pun ada.

Sumber: Instagram sharnaazahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!