“Ni la jd kalau menantu sama umur dgn mak” – Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan dua figura popular di negara ini. Kedua-duanya mempunyai keistimewaan iaitu dikurniakan wajah yang cantik jelita sejak muda sehinggalah kini yang masing-masing telah dan hampir mencecah usia setengah abad. Itulah dia pelakon sama cantik sama bergaya, Rozita Che Wan dan Nasha Aziz. Berlakon bersama dalam satu karya sama baru-baru ini, cuplikan drama itu dikongsikan Rozita atau Che Ta di laman Instagram nya antara yang menarik perhatian netizen.

Apa tidaknya, dalam drama itu, Che Ta berlakon dengan memegang watak sebagai ibu mentua kepada Nasha Aziz. Ramai gamaknya yang tahu latar belakang mereka di alam realiti memberikan komen yang agak mencuit hati.

Pastinya ramai yang rindu dan terkesima dengan watak anak menantu yang diberikan kepada mereka dalam drama itu. Ya lah… Kalau diikutkan usia mereka berdua tak lari banyak. Lebih kurang sebaya sahaja. Mana tak jadi perhatian dibuatnya.

Bayangkanlah jika di dunia nyata pun situasi anak menantu hampir sebaya itu ada ‘dramanya’, pasti ramai yang tengah menggambarkan jika ia berlaku di dunia nyata dalam kalangan masyarakat di sekeliling kita, pasti sebegitu juga.

“Nampak sebaya je. Tapi ok jadi menantu. Realiti menantu memang nampak tua sikit, mentua maintain muda”, “Ni la jd, klu menantu sama umoq dengan mak mertua”, ” Menantu sama umur dgn mak ke?”, “Kelakar pulak Nasha panggil Che Ta mak”. Itu antara komen netizen.

Dalam pada itu tak kurang juga yang mengakui rindu akan kemunculan Nasha untuk kembali aktif berlakon. Sekali sekala dia keluar begini, pasti puas dapat melihatnya di kaca televisyen kan. Yang nyata, paras Nasha masih menawan juga.

Tak kurang juga yang mempertikaikan Che Ta yang sebelum ini menolak watak untuk berlakon sebagai ibu kepada pelakon, Remy Ishak, 39, begitupun menerima watak sebagai mentua Nasha dalam drama itu yang disifatkan lebih kurang sahaja situasinya.

Apa pun pasti ada sebab tersendiri Che Ta menerima watak ini kan. Hanya dia yang tahu sebabnya. Jika lazimnya memang dia sering nampak maintain muda dan bergaya, nampaknya dalam drama ini Che Ta berjaya memberikan penghayatan, hingga benar-benar nampak seperti mentua yang sudah berusia.

Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz lahir pada 14 Mei 1971 ialah seorang peragawati dan pelakon pernah mendapat jolokan “Supermodel Malaysia”. Nasha juga mempunyai pencapaian membanggakan dalam bidang lakonan termasuk memenangi anugerah nasional iaitu Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia.

Che Ta yang lahir pada 9 Mac 1973 pula cukup terkenal dengan siri komedi Kiah Pekasam yang berjaya meletakkannya sebagai salah seorang pelakon komedi wanita yang cukup digemari. Rupanya Nasha berusia lebih tua tiga tahun dari Che Ta… Demikian pun, kedua-duanya masih cantik ya…

Sumber: IG Che Ta & Nasha Aziz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!