“Steady Ney Ney” – Sharnaaz Ahmad

Seperti orang dewasa, kanak-kanak pun mempunyai minat mereka yang tersendiri. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi… Lihat saj4lah aksi si kecil pelakon popular, Nora Danish ini. Kesukaannya kepada penyanyi lagenda iaitu mendiang Michael Jackson (MJ) menyebabkan dia sendiri terikut-ikut gaya persembahan penghibur itu. Kita yang menonton perkongsian Nora ini pun turut tercuit hati dibuatnya.

Jika melihat gaya anak bongsu Nora iaitu Mohamed Neqayl Nedim atau lebih mesra dipanggil Ney Ney ini, barangkali dek d4rah seni mengalir dalam dirinya, bersahaja sungguh dia menari gaya MJ dengan mengikut alunan muzik.

Mesti dah biasa berlatih ni… nampak sebijik gaya MJ. Walaupun beraksi solo, ramai pulak penonton di sekeliling Ney Ney itu yang terhibur, terutama kanak-kanak yang sedang datang beraya.

Tanpa malu-malu, Ney Ney umpama melayan perasaannya sendiri, dalam masa sama turut menghiburkan mereka di sekitarnya. Sampaikan pakcik makcik pun suka hingga ada yang menghulurkan duit raya.

Kot lama lagi Ney Ney buat persembahan mesti penuh poketnya tu dengan duit raya kan… Apa pun memang berbakat sungguh si anak kecil Nora ini. Tak mustahil dah besar nanti berbakat besar dan popular m

Selain penonton di lokasi, rakan artis pun tak kurang yang kagum dengan bakat dan aksi Ney Ney, antaranya, pelakon Sharnaaz Ahmad, “Steady Neyney…”, coret Sharnaaz. Pelakon, Zizan Razak, Nina Fazurina juga antara yang memberikan respons terhadap aksi si comel ini.

“muka x de perasaan…jerr”, “ fokus dia dengan step MJ tu”, “ney neyyyy why u so cuteee”, “Ha3 this is very² cute ney2..muke dia rileks je..ha3 geram nya”, “MasyaAllah comel nya… Torchlight tu mantul.. Neyney”. Itu antara komen netizen.

Apa pun memang terbaik Ney Ney yang baharu berusia empat tahun ini. Moga terus dapat mengembangkan bakat ke peringkat tertinggi. Pandai betul dia bawak diri beraya di rumah orang ya… Dah besar nanti boleh buat konsert sendiri pulak ya…

Sekadar info, Nora mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri pada tahun 2017. Hasil perkongsian hidup bersama, dia dan Nedim dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ney Ney.

Sebelum ini, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli sekitar 2006 namun rumah tangga yang dibina punah di tengah jalan. Terdahulu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram. Pl

Sumber : IG Nora Danish

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!