“Orang happy bercinta” – Nourul Depp

Kalau orang tengah asyik bercinta, lazimnya memang bahagia. Jadi gamaknya bila makan berselera sesaja tekak tu. Sebab itu biasanya ramai orang bercinta badan pun boleh jadi ‘sihat’. Barangkali itu dimaksudkan selebriti, Nourul Depp apabila memberi respons terhadap netizen yang menulis di ruangan komen ketika dirinya berkongsi video memperlihatkan anaknya, Ayu Nazirah di Instagramnya.

Ya tak dinafikan, Ayu kelihatan agak berisi kebelakangan ini. Biasalah mata netizen ni t4jam betul. Tak hairanlah Nourul juga seakan tak menafikan fizikal anaknya itu bila membalas dengan komen tersebut.

Kira-kira awal tahun ini, Nourul dan bakal besannya yang juga pelakon, Maria Farida, tidak lagi menyorokkan akan perihal anak mereka yang sedang saling mengenali dan bakal membina mahligai bersama.

Dikatakan hangat bercinta dan masih cuba saling memahami dan mengenali satu sama lain, Ayu dan Mizan Ashley juga tak lokek berkongsi aksi mereka bersama di medsos.

Bahkan jika sebelum ini Ayu dilihat sering berperwatakan agak boyish dengan berambut pendeknya, ramai pula yang seakan memberikan ‘restu’ dengan mencadangkan dia menjadi lebih ‘ayu’.

Terdahulu dalam video dikongsikan terlihat Ayu yang nampak baru tiba di rumah Nourul bersama suami, Eric Daniel Depp di Bali, Indonesia. Dia turut disambut mesra adik-adik kecilnya.

Penyayang betul Ayu… sampai teruja adik-adiknya menyambut kedatangan kakak mereka itu. Bahkan kata Nourul, bila dah bersama, mereka adik-beradik seibu itu dah melekat macam kembar Siam.

“Alhmdulillah semua dpt berkumpul, perasaan seorang ibu mesti la excited”, “Yeayyy… Kakak balik”, “Nampak Ayu MCM berisi”, “Ayu baru sampai ke?”, “Masyaallah… such a happy family sis nouruldepp May Allah blessed and protect this family”. Itu antara komen netizen.

Sebagai seorang ibu, mesti Nourul pun berbunga hati bila kesemua anak-anaknya dapat berkumpul bersama. Apa pun tak kurang yang meluahkan suka tengok life Nourul sekeluarga yang macam ni.

Untuk info, perkahwinan terdahulunya bersama komposer Ajai, mereka dikurniakan Ayu. Nourul kemudian mendirikan rumah tangga dengan Eric pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 9, Raphael, 7, dan Isabella 3.

Sumber : IG Nourul Depp

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!