“Tentang duit raya RM100,000 yg sy janjikan itu benar” – Ahmad Iqbal

Selain kehidupannya dikaitkan dengan berita-berita hangat sebelum ini, terutama hubungannya dengan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida, pemuda berasal dari Kelantan ini juga kian dikenali dek seorang yang murah hati. Jika sebelum ini tak kurang menghulurkan bantuan terutama dari segi kewangan kepada yang memerlvkan, terbaharu Ahmad Iqbal Zulkefli mengumumkan hendak memberi RM100,000 duit raya kepada orang ramai.

Berkongsi gelagatnya di IG tatkala menyampaikan duit raya itu, dia menjelaskan sebab jumlah wang itu diberitahu kepada umum agar orang tahu dirinya bersedia. Kata Iqbal melainkan sedekah atau bantuan lain, sejak dulu dia tidak selesa kongsikan kepada umum.

Menjawab persoalan mengapa pemberian itu dilakukan di lapangan terbang dan bukan kepada orang susah, terang pemuda berusia 27 tahun ini, ia diberi secara rawak tidak kira sesiapa, bahkan pada anggota yang bertugas di situ.

Ada yang dapat RM5, majoriti RM10, malah ada yang dapat RM1,000. Usah persoalkan itu, katanya. Menyifatkan berapa nilainya tidak penting, apa yang diingini Iqbal katanya untuk mengeratkan silaturrahim termasuk dengan ahli keluarga.

“Indah sangat bila kita dapat bantu mereka… walaupun ade yg kecam tapi kita perlu support sbb Iqbal bantu bukan Malay sahaja semua k4um yg dia jumpa dia bantu”, “Alhamdulillah… Semoga Allah luaskan rezeki iqbal… Aamiin”, “mmg pemurah orangnya.. moga dilimpahi rezeki yg berterusan”. Itu antara ko

Syukurlah jika lebih ramai golongan yang bermurah hati macam Iqbal. Tapi jangan pula cuba-cuba nasib direct message (DM) nak dapat duit raya dari Iqbal ya… Sebab katanya transaksi kat atas talian dirasakannya tak utuh, tambah dah beribu DM dirinya yang meminta duit raya.

Apa pun, sesiapa yang berhajat nak Iqbal beraya di tempat uols bolehlah jemput dia ya… Menurut Iqbal, selain tempat ingin dia pergi seperti di pedalaman, luar negeri pun jika ada kesempatan dia akan pergi juga jika dijemput.

Dalam pada itu, bekas pembantu peribadi Vida ini juga memohon maaf kerana tidak kesampaian untuk berikan duit raya kepada semua orang. OK lah tu Iqbal, ada juga memberi. Ada orang tu, dah kaya raya duit berkepuk-kepuk pun tak menghulur…

Ahmad Iqbal menjadi bualan hangat dalam kalangan warga maya selepas mendakwa hubungan dengan Vida pernah melalui fasa bercinta malahan hampir bernikah. Dia juga sering dikatakan menunjuk-nunjuk kemewahan sehingga ada aksi memijak wang kertas RM50…

Berpendidikan Maahad Muhammadi Pasir Mas (SPM & STAM), pemegang Diploma dalam jurusan Penulisan Kreatif di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA), KL ini merupakan orang Pasir Mas, yang juga anak ke-3 daripada 8 orang adik-beradik.

Sumber : IG Ahmad Iqbal Zulkefli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!