“Datuk Ameena mana, lama tak nmpak” – Netizen

Setiap gerak geri langkah seseorang yang popular ini tidak dapat nak dihalang oleh netizen yang suka memberi pendapat dan suka mengambil tahu setiap inci gerak-geri. Dan sudah mengenali setiap ahli keluarga, jika seseorang tiada dalam video mahupun gambar, pasti akan ditanya. Malah boleh pula netizen mengkritik sekaligus menyebarkan berita yang belum tentu sahih.

Baru sahaja berkongsi gambar keluarga kecil beliau, digasak pula dengan soalan dimana keberadaan anak angkatnya, Ameena.

Walhal sebelum ini telah diperjelaskan bahawa beliau, Dato Aliff Syukri tidak mahu namanya dikatakan menggunakan Ameena untuk popular.

Ada juga sebelum ini isu, Ameena diserahkan kembali kepada ibubapa kandungnya, jadi Dato tidak mahu menjawab lagi pertanyaan yang sama.

Ameena sebelum ini anak angkat kepada Dato Aliff, tetapi kini sudah tidak kelihatan lagi bersama keluarga tersebut.

https://www.instagram.com/p/CZUwslPvRX-/?utm_medium=copy_link

Semakin dewasa semakin matang, Dato lebih selesa berdiam diri dan bersikap profesional dan tidak mahu cepat melatah.

Rata-rata yang memberi komen semuanya berkaitan anak angkatnya, Ameena. Dan ramai netizen yang membuat spekulasi sendiri.

Yang lain ada juga yang memberi komen seperti jangan masuk campur, dan jangan memandai, malah ada juga netizen menyatakan Dato memang tidak menjaga anak angkatnya lagi. Ini antara komen netizen.

Walau apa pun yang terjadi,pastinya Dato tahu apa yang terbaik untuk ahli keluarganya. Janganlah kita nak menuding jari. Raudah dah besar lah, muka macam Ameena pun ada.

Sumber: ig aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!