“Benar-benar cinta sejati” – Netizen

Setiap yang berny4wa pasti akan ‘kembali’ padaNya. Cepat atau lambat saja bezanya. Yang pasti mereka telah terlebih dahulu menghadap Ilahi lazimnya akan tetap dikenang tambahan oleh pasangan dan insan-insan tersayang. Menyentuh perasaan netizen, itulah dilakukan isteri 4rwah pelakon, Ashraf Nik Danial Mohamad Sinclair atau dikenali dengan nama Ashraf Sinclair iaitu Bunga Cinta Lestari (BCL) bersama keluarga Sinclair yang menziarahi pusara Ashraf kelmarin.

Bertempat di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia iaitu lokasi pengkebumian Ashraf kira-kira dua tahun lalu, BCL hari ini berkongsi foto keluarga mereka bersama di situ.

Antara yang kelihatan, ibu 4rwah Ashraf, Khadijah Abdul Rahman dan bapanya, Mohammed Anthony John Sinclair. Turut kelihatan, adik Ashraf yang juga pengacara dan pelakon, Aisyah Sinclair.

Difahamkan, ziarah mereka sempena hari ulangtahun Ashraf iaitu pada 18 September 1979. Biarpun sudah dua tahun pemergiannya, tampaknya kasih sayang dan ingatan mereka sekeluarga pada 4rwah tetap utuh.

Tak kurang netizen yang turut menzahirkan rasa sama menerusi ruangan komen perkongsian hantaran BCL di Instagramnya itu. Ada jua yang merasakan keutuhan kasih BCL dek barangkali kerana dia masih belum ada pengganti.

“Alfatihah buat almarhum, untuk istri, anak dan keluarga mudah2an diberi kesabaran teruskan kebaikan”, “Bahagia disurga ka asraf sinclair”, “Raga boleh tidak kekal .. tp rasa cinta kasih bisa terus ad walaupun tidak bersama lagi”. ‘Betapa mereka merindui Almarhum…. Alfatihah”, “Benar-benar cinta sejati”. Itu antara komen netizen.

Dalam pada itu, Aishah sendiri dalam perkongsian di medsos meminta netizen untuk menyedahkan bacaan al-Fatihah buat 4rwah dan mendoakan kesejahteraan buat abangnya itu di ‘sana’ sempena hari jadinya.

Lebih 20 jam hantaran berkenaan mereka ke pusara Ashraf dimuatnaik, kira-kira 500k likes dan views diterima BCL. Dalam hantaran Aishah juga, selain netizen rakan artis turut melahirkan sebak dan doa.

Apa pun sejak ketiadaan Ashraf, BCL juga tampaknya tak mudah melupakan 4rwah suaminya dapat dilihat daripada perkongsian-perkongsiannya di medsos yang acap berkongsi foto diri dan anaknya, Noah bersama 4rwah.

4rwah merupakan anak sulung daripada tiga beradik, iaitu Aishah Jennifer (lahir 1980) dan Adam Youssof (lahir 1983). Adik 4rwah, Adam Sinclair mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Yuna Zarai.

Sumber : IG Bunga Cinta Lestari

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!