“Susah nak tengok Tokti menaangis” – Netizen

Tiada siapa yang benar-benar mengetahui perjalanan hidup seseorang itu sebelum dia menggapai kejayaan dan menjadi seorang yang berjaya. Seseorang artis juga tidak terkecuali dan pasti mempunyai sejarah hidup yang peribadi sebelum dikenali ramai. Hanya diri sendiri, keluarga serta individu terdekat sahaja yang mengetahui sebenar-sebenarnya liku dan cabaran kehidupan yang pernah dihadapi.

Sebut sahaja tentang penyanyi nombor satu negara ini, pasti ramai yang sudah tahu dan tidak asing lagi dengan kelunakan suara miliknya di telinga. Peminat bukan hanya terbatas di dalam negara sahaja, malah ramai peminat dari luar negara iaitu Asia khususnya yang sudah mengenali Dato’ Siti Nurhaliza sebagai penyanyi diva dalam genre muzik Melayu.

Anak kelahiran Pahang yang mempunyai tujuh orang adik-beradik ini mengakui kehidupannya sebelum bergelar artis adalah sangat sukar. Pernah menjadi penjual kuih dari rumah ke rumah, Dato’ Siti dahulunya dikatakan terpaksa melakukan pekerjaan tersebut demi membantu keluarga.

Tidak menganggap pekerjaan menjual kuihnya itu sebagai beban yang harus dipikul sejak zaman sekolah lagi, Dato’ Siti hanya menganggap bahawa pekerjaan murninya itu sedikit sebanyak dapat membantu melatih vokalnya ketika berniaga.

Sebak ketika menceritakan pengalaman hidupnya ketika susah dahulu di dalam sebuah rancangan realiti yang bertajuk Master In The House, Dato’ Siti beserta lima selebriti yang lainnya juga ternyata tidak dapat menahan air mata dari terus mengalir ketika mendendar sesi luahan hati dari seorang individu hebat itu.

Terkenal dengan sifatnya yang lemah-lembut dan ceria, pasti ramai yang bersetuju dengan kenyataan bahawa melihat Dato’ Siti untuk meluahkan rasa sedihnya lebih-lebih lagi mengalirkan air mata berharganya itu di khalayak ramai adalah sangat sukar sekali.

Video yang dikongsi oleh Dato’ Siti di laman Instagramnya itu telah dibanjiri ratusan komen para peminat yang juga turut merasakan haru dan sebak mendengar luahan hati dari Dato’ Siti.

Perjalanan hidup yang dijalani oleh Dato’ Siti Nurhaliza ini wajar dijadikan contoh oleh orang ramai untuk sentiasa berusaha dan tidak berputus-asa. Dalam cuplikan video tersebut juga Dato’ Siti menyelitkan ingatan kepada orang ramai untuk sentiasa ingat asal-usul diri dan tidak mudah lupa diri.

Sumber: Instagram Dato Siti Nurhaliza

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!