“Semalam dgn harini je dah 9 jen4zah dia mandikan” – Ajak Shiro

Pengumuman hari raya aidilfitri sehari sebelum tibanya sambutan hari perayaan tersebut pada tahun ini amat mengejutkan umat islam dalam negara. Dalam pada kita agak kelam kabut menyediakan persiapan menyambut lebaran tahun ini, pelbagai suka duka dan kenangan manis yang di kongsikan oleh para selebriti dalam menyambut aidilfitiri di media sosial tahun ini.

Buat pelawak, pengacara dan penyampai radio iaitu Ajak atau nama sebenar beliau Mohd Hanaffi Bin Razak pula, beliau juga sepertimana orang lain, turut merasai suasana kelam kabut berkenaan namun baginya, sambutan perayaan berkenaan masih tetap di teruskan.

Mungkin ramai peminat yang tidak tahu bahawa sebenarnya ramai juga artis tanah air yang pernah menganggotai pasukan beruniform dan menjadi penjawat awam sebelum mereka menceburi bidang seni. Ajak juga sebenarnya pernah berkhidmat sebagai seorang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak sejak usianya 19 tahun.

Namun begitu Ajak hanya berkesempatan untuk menabur bakti sebagai anggota Tentera Laut selama 7 tahun sebelum membuat keputusan untuk mengembangkan bakat sebagai pelawak.

Sekitar tahun 2012, Ajak akhirnya meningg4lkan kerjaya berkenaan untuk meneruskan langkah dalam bidang komedi dan mencuba nasib dalam industri hiburan tanah air.

Ajak mula dikenali menerusi program Raja Lawak musim keenam bersama kumpulan Shiro yang dianggotai bersama sepupunya sendiri iaitu Shah­rol Shiro.

Meskipun pada awalnya beliau tidak pernah terlintas untuk membabitkan diri dalam dunia hiburan namun kata -kata semangat serta sokongan daripada isteri tercinta Afifah Amin yang merupakan seorang guru serta rakan- rakan membuatkan beliau terdetik hati untuk mencuba nasib.

Berkat usaha dan kesabaran, Ajak akhirnya memenangi pertandingan Raja Lawak musim ke enam itu. Selain masih lagi aktif menyertai program komedi, Ajak kini bertugas sebagai penyampai radio di stesen radio Sinar.

Sebagai selebriti yang dikenali ramai, apa juga perkongsian Ajak di media sosial akan menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai. Terbaharu, Ajak telah berkongsi satu video yang memaparkan mengenai aktiviti anak lelaki sulungnya Jad Thaqiff yang kerap mengikuti atuknya untuk menguruskan jenn4zah.

Menurut Ajak meskipun beliau mempunyai pengetahuan untuk memandikan jenn4zah. namun anaknya itu mempunyai pengalaman yang lebih banyak daripadanya.

Soal Ajak kepada anak lelakinya itu, sudah berapa jenn4zah. yang di uruskan, anaknya berkata bahawa beliau sudah menguruskan 9 jenn4zah. Tutur anak Ajak lagi, beliau suka mengikuti atuknya itu untuk menguruskan jenn4zah dan mengambil pengalaman daripada situ.

Ajak juga meluahkan rasa syukur apabila anaknya itu sudah pandai menguruskan jennaz4h walaupun baru sahaja berusia 12 tahun. Tidak sangka remaja pada usia semuda itu sudah matang untuk menjalankan tanggungjawab fardu kifayah di samping menambah ilmu agama dan juga pengalaman untuk menguruskan jenn4zah.

Sebagai rekod, bapa Ajak sudah 32 tahun menguruskan jenn4zah. Besar harapan Ajak supaya anak sulung nya itu akan mengikuti jejak langkah atuknya pula selepas ini.

Menjengah keruangan komen, rata-rata netizen juga memuji kebaikan yang di lakukan oleh anak Ajak itu dan mendoakan supaya anak lelaki Ajak membesar menjadi anak lelaki yang soleh atas didikan ibu bapa mereka. berikut dikongsikan komen- komen netizen.

Sebagai rekod, Ajak atau nama sebenarnya Mohammad Hanaffi Razak mendirikan rumahtangga dengan Nur Afifah yang merupakan seorang guru pada 6 Jun 2009. Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini di kurniakan tiga cahaya mata Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Sofea.

Sumber: ig ajak shiro

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!