“Nak Shuk jadi pengacara, Shuk je layak jadi pengacara ICSYVM” – Netizen

Program I Can See Your Voice Malaysia merupakan program yang berasal dari Korea Selatan. Rancangan hiburan berkenaan di adaptasi ke Malaysia dengan mengekalkan format asal daripada negara tersebut. Rancangan I Can See Your Voice Malaysia mempunyai peminat dan pengikut yang tersendiri sehingga bakal bersiaran kembali di musim ke lima pada hari ahad ini.

Selama empat musim rancangan berkenaan menampilkan Shuk Sahar sebagai pengacara. Manakala gandingan bersama Shuk Sahar menjadi pengacara musim pertama ialah Alvin Ching. Namun Sean Lje kemudiannya menyambung tugas berkenaan pada musim kedua sehingga musim keempat.

Format program I Can See Your Voice Malaysia ialah di mana artis undangan perlu meneka diantara 6 orang peserta sama ada mereka penyanyi sebenar ataupun penyanyi bersuara sumbang dengan dibantu oleh beberapa juri tetap dan juga juri undangan.

Penyanyi Mark Adam dan Jihan pula merupakan antara juri tetap rancangan tersebut sejak I Can See Your Voice Musim pertama lagi. Kehadiran kedua- dua mereka sebagai juri tetap sering menghiburkan dengan gelagat yang lucu dan mengelirukan.

Ramai peminat yang menantikan rancangan berkenaan kerana merindui gelagat para hos dan juri. Rancangan berkenaan juga telah melahirkan beberapa bakat baru dalam industri hiburan.

Antara peserta yang paling menyerlah lahir daripada program I Can See Your Voice ini ialah penyanyi bersuara lunak iaitu Iman Troye.

Menerusi Instagram tv3 malaysia, satu poster terkini mengenai penghebahan musim terbaru rancangan berkenaan bakal di siarkan di saluran tv itu pada hari ahad ini.

Walaubagaimanapun, di dalam poster yang di siarkan itu, terdapat perubahan pada pengacara dan juga juri tetap rancangan tersebut.

Para peminat rancangan berkenaan menyambut baik siaran rancangan tersebut pada musim kelima namun begitu, peminat tertanya- tanya mengenai perubahan drastik para pengacara dan juga barisan juri tetap rancangan tersebut.

Ramai yang mempersoalkan pemilihan pengacara dan barisan juri tetap yang baru. Memandangkan Shuk Sahar sebelum ini telah menerajui program berkenaan selama 4 musim terdahulu, para peminat masih mahukan Shuk menjadi pengacara bagi program I Can See Your Voice Musim ke 5 ini juga.

Sejak tular kisah k0ntroversi yang berlaku dalam rumahtangga bekas penyampai radio, pengacara dan pelawak Shuk Sahar yang di dakwa telah berlaku cuurang oleh isterinya tahun lalu, hubungan rumah tangga pelawak terkenal itu dan isterinya, Rossa Sera dilihat masih tidak mempunyai jalan penyelesaian.

Walaupun sebelum ini, Shuk telahpun meminta maaf dan berjaya berdamai semula dengan isterinya, namun Isteri Shuk kembali mendedahkan bahawa suaminya itu masih tidak serik dan kembali mengulangi perkara sama.

Rossa yang kecewa dengan sikap Shuk yang masih tidak berubah walaupun beliau telah memberikan peluang buat kali kedua sebelum ini baru- baru mendedahkan bahawa beliau bakal mengambil keputusan untuk berpisah. Namun sehingga kini masih lagi tiada jalan penyelesaian bagi masalah rumahtangga tersebut.

Menjengah keruangan komen pula para peminat berkata, tanpa kehadiran Shuk menjadi pengacara pastinya akan terasa kekosongan yang besar di dalam rancangan tersebut.

Gaya pengacaraan Shuk selama 4 musim terdahulu juga sudah cukup sinonim dengan program berkenaan. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

Khabarnya Shuk Sahar juga telah di gam oleh stesen televisyen di sebabkan oleh masalah peribadinya itu. Sudah tentu para peminat akan merasa agak janggal tanpa kehadiran pengacara berkenaan.

Namun peminat juga perlu memberikan peluang kepada barisan pengacara dan juri tetap baru untuk menerajui musim kelima ini.

Sumber: ig tv3

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!