“Setelah 20 thn penantian, kakak dan adik2 dpt beraya satu family” – Anak Didi Alias

Didi Alias atau nama sebenar beliau Fadzilah binti Mohd merupakan seorang pelakon yang banyak memainkan watak- watak antag0nis dalam drama melayu. Ironinya sebelum banyak memegang watak antagonis ini beliau pernah beberapa kali tercalon untuk anugerah artis komedi setelah gandingan beliau bersama rakan baiknya Aliza Abdullah atau nama pentasnya Enot berjaya menarik perhatian peminat.

Pengibatan Didi dalam dunia lakonan bukanlah baru. Beliau aktif berlakon sejak tahun 1988 manakala filem terawal lakonan beliau adalah Kanta Serigala. Beliau yang lahir pada tahun 1972 ini sebenarnya berkongsi tarikh lahir pada 11 Januari bersama penyanyi nombor satu negara iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza.

Di awal penglibatannya dalam dunia lakonan dahulu, wajahnya mirip pan-asian menarik perhatian ramai. Namun begitu apabila populariti beliau semakin meningkat, beliau akhirnya menamatkan zaman bujang bersama pelakon lelaki popular Ridzuan Hashim pada tahun 1992.

Beliau tidak lagi aktif setelah mendirikan rumahtangga kerana memberikan perhatian kepada keluarga. Bagaimanapun usia perkahwinan beliau bersama Ridzuan tidak panjang dan berpisah pada tahun 2002.

Didi ketika itu mempunyai 5 orang anak hasil pernikahan bersama Ridzuan. Didi kemudiannya bertemu jodoh dengan bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan iaitu Norisham Ismail pada 8 Mei 2009.

Menerusi perkongsian terbaru Didi Alias di Instagram, beliau telah berkongsikan semula satu coretan panjang yg di tulis oleh anaknya sendiri di Instagram peribadi anaknya itu. Tulis anaknya, sambutan aidilfitri tahun ini menjadi titik noktah penantian mereka selama hampir 20 tahun.

Jika dahulu, anak-anak terpaksa membuat giliran untuk kerumah ibu atau ayah mereka terlebih dahulu untuk meraikan lebaran namun ianya berbeza pada tahun ini apabila Didi Alias dan bekas suaminya Rizuan Hashim terbuka hati dan berlapang dada untuk berjumpa dan berkumpul bersama demi merayakan aidilfitri bersama anak-anak.

Menurut anaknya itu, jika dahulu anak- anak perlu membuat giliran demi menjaga hati kedua ibu dan bapa mereka. Meskipun ibu dan bapa mereka tidak lagi bersama namun anak-anak tidak pernah kekurangan kasih sayang daripada ibu dan ayah mereka itu.

Stigma yang mengatakan bahawa anak- anak daripada ibu bapa yang berc3rai akan terabai, memb3rontak dan tidak cukup kasih sayang tidak berlaku kepada keluarga mereka kerana baik Didi mahupun Ridzuan sendiri sentiasa mengingatkan mengenai tanggungjawab kepada ibu dan bapa masing- masing.

Kongsi luahan hati anak Didi Alias itu lagi, telah menjadi impian kakak dan adik- adik yang lain untuk beraya seperti satu keluarga. Akhirnya impian anak- anak tercapai pada tahun ini. Anak Didi itu juga turut mengucapkan terima kasih kepada Didi dan juga Ridzuan kerana sanggup berkumpul bersama demi kebahagiaan anak- anak.

Perkongsian yang penuh rasa sebak di tulis oleh anak Didi itu turut mendapat perhatian daripada peminat Didi sendiri. Rata- rata mereka memuji sikap yang di tunjukkan oleh Didi dan Ridzuan yang professional dan mengenepikan 3go serta kepentingan diri sendiri demi kebahagiaan anak- anak mereka.

Menjengah keruangan komen, beberapa orang netizen juga berkongsikan pengalaman mereka yang mempunyai impian yang sama untuk berkumpul bersama ibu dan ayah masing- masing untuk meraikan hari raya aidilfitri namun tidak lagi mempunyai peluang berbuat demikian.

Rata- ratanya mendoakan kesejahteraan Didi dan juga keluarga kerana sudi memenuhi impian anak- anak untuk melihat beliau dan bekas suami berkumpul bersama seperti satu keluarga. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

Alhamdulillah.. happy tgk famly ni. Sy pun salah satu broken famly ,dah 12 tahun. Tp ayah entah kemama, so mmg akan terasa sgt lah bila tgk post2 famly mcm ni .apapun Hapy for u & famly . saya suka lakonanan kak didi dan abg redzuan hashim dr sy kecil sampai la dah nak tua ni” – Netizen

Alhamdulillah. Turut tumpang gembira. Itu laa yang selalu bermain difikiran anak2 yang broken family. Teringin nak raya sama2, dengan Mak & Abah. Sama macam kami adikberadik juga, mengimpikan benda yang sama. Tapi, akhirnya, impian tu terkubur bersama2 4rwah Abah dan adik2 saya. “ – Netizen

Ini baru keluarga bahgia Didi demi anak² untok mengeratkn silatulrahim bersama bekas suami Ridzuan ..semoga kluarga ini akan brbhgia & damai selalu bersama anak² trsyg..aamiin “ – Netizen

Alhamdulillah..Semuanya bermula dr didikan ibu bapa yg tak penting diri dn tdk berd3ndam,maka bahagia jugalah anak2..” – Netizen

Segalanya bermula daripada didikan ibu dan ayah sendiri. Sekiranya masing- masing positif dalam mendidik dan menjaga hubungan antara satu sama lain, anak- anak pun tidak akan rasa terabai dan kekurangan kasih sayang.

Buat pasangan yang terpisah, meskipun tidak lagi bersama namun penting untuk mengekalkan hubungan baik bersama bekas pasangan demi menjaga hati anak- anak dan demi kebahagiaan anak- anak juga.

Sumber: ig didi alias

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!