“Terbaik bwk abah sekali pulang ke kampung” – Netizen

Kehidupan Elly Mazlein atau kini lebih mesra di kenali sebagai Kak Lina kelihatan semakin bahagia dan gembira setelah melangsungkan pernikahan keduanya tahun lalu bersama seorang guru geografi yang berasal daripada Kelantan dikenali sebagai Cikgu Azlan. Beliau bersyukur kerana Cikgu Azlan sangat memahami kerjayanya dan menerima anaknya Putri Sara Sefhia seperti anak sendiri.

Kak Lina sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama seorang pengarah drama pada November 2014. Namun jodohnya bersama pengarah drama itu tidak panjang dan mereka berdua akhirnya memutuskan untuk berc3rai hanya setahun selepas berkahwin. Hasil pernikahan itu Kak Lina dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Putri Sara Sefhia.

Terdahulu, bekas pengacara rancangan hiburan Lagu Cinta Kita itu pernah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selama 3 tahun dan membesarkan anaknya sendirian dengan bantuan bapa setelah kehilangan ibu sekitar bulan Mei 2014.

Semasa melalui fasa bergelar ibu tunggal, kegigihan Kak Lina untuk membela nasib anaknya telah meruntun hati banyak pihak. Namun kini, kisah pahit dalam kehidupan pelantun lagu Dusta Cinta tersebut sudahpun sekian lama berlalu dan Kak Lina kini sedang menjalani kehidupan baru yang sangat bahagia bersama Cikgu Azlan.

Meskipun pada awalnya Kak Lina mengakui mempunyai keraguan terhadap suaminya itu kerana perbezaan usia yang ketara namun kesungguhan yang ditunjukkan oleh suaminya itu telah berjaya memenangi hati Kak Lina.

Hasil perkongsian hidup bersama Cikgu Azlan, pasangan romantis ini dikurniakan seorang bayi lelaki. Kehadiran bayi lelaki berkenaan yang diberi nama Haider Mateen Mohamad Azlan telahpun melengkapkan lagi keluarga mereka.

Jika selama ini anaknya Sefhia hanya mengenali 2 orang lelaki dalam hidupnya iaitu Atuk serta Papa namun kini hadir seorang lagi lelaki iaitu adiknya Haider Mateen dalam kehidupan mereka. Kak Lina tak lupa memanjatkan kesyukuran di atas kurniaaan tersebut.

Bersempena sambutan hari raya pada tahun ini, Kak Lina telah memuatnaik beberapa gambar terbaru di Instagram. Kongsi Kak Lina, setelah 2 tahun menyambut hari lebaran di Kuala Lumpur, tahun ini beliau pulang menyambut syawal bersama keluarga suaminya di Kuala Krai Kelantan.

Bertambah bahagia apabila bapa Kak Lina juga turut mengikuti mereka untuk pulang ke kampung suaminya. Di satu perkongsian terbaru, Kak Lina berkongsi sekeping gambar yang memamparkan bapanya berusaha untuk membantu suaminya memakai samping bersama baju melayu.

Tulis, Kak Lina lagi, tiada yang lebih membahagiakan beliau apabila melihat jalinan kasih sayang yang mandalam antara bapanya itu bersama suaminya.

Di beberapa perkongsian lain yang di muatnaik oleh para peminat beliau di media sosial, Kak Lina di lihat tidak kekok beramah mesra dengan keluarga suaminya yang ramai.

Peminat juga memuji sikap peribadi pengacara dan penyanyi terkenal ini kerana sangat merendah diri kerana hanya menjamu juadah raya sambil makan bersimpuh di atas lantai bersama anaknya.

Karakter peribadi beliau tersebut sangat berlainan dengan gaya pengacaraan beliau di atas pentas yang sangat meriah dan “masuk air”. Meskipun bergelar selebriti terkenal namun beliau tidak tetap bersopan dan lemah lembut melayani semua orang yang ingin merakamkan gambar kenangan bersamanya.

Hantaran terbaru Kak Lina di Instagram itu di hujani pujian daripada para peminat. Mereka gembira dengan sikap Cikgu Azlan yang sudi membawa pulang bapa mertua untuk menyambut lebaran bersama di kampung ibu bapanya.

Rata- ratanya juga gembira dengan kebahagiaan yang dikecapi oleh Kak Lina sekarang. Para peminat yang telah lama mengikuti kehidupan Kak Lina juga melahirkan rasa kesyukuran kerana Kak Lina telah menemui seseorang yang begitu menyayangi mereka sekeluarga dengan tulus ikhlas.

Peminat juga mendoakan agar kebahagiaan yang sedang Kak Lina nikm4ti ini berkekalan selamanya.  Berikut dikongsikan beberapa komen para peminat buat keluarga Kak Lina.

“Kalau kita syang menantu seikhlas hati kita, insya Allah menantu akan sepuluh kali sayang kat kite n vice versa.hidup berkasih syang ni lebih bahagia dari segala yg ada didunia sb kasih sayang terbitkan ketenangan…” – Netizen

Sebelum ini, Kak Lina juga sering memuatnaik gambar dan video yang menunjukkan suaminya sedang mengajar dan melayani anaknya Sefhia.

Almaklumlah sebagai seorang guru pastinya suaminya itu sudah biasa berurusan dengan anak-anak. Cikgu Azlan juga tidak kekok mengajar Sefhia dan menyayangi Sefhia sepertimana anaknya sendiri. Alhamdulillah.

Sumber: ig iamellymazlein

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!