“Kebahagiaan rumahtangga uolsss yg paling sempurna” – Che Ta

Melihat adik-beradik sendiri menjalani kehidupan dengan penuh kebahagiaan juga boleh mengundang kegembiraan. Apatah lagi saudara itu diperhatikan berkecukupan daripada segenap segi, sudah tentulah sedikit sebanyak terbit rasa lega dan tumpang bahagia. Itu barangkali antara yang rasakan pelakon dan selebriti jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta, ketika menukilkan ucapan buat adiknya, Ayu Raudhah di medsos beliau.

Mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan buat pelakon Ayu dan adik iparnya, pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha, Che Ta membayangkan dari kaca matanya sebagai seorang kakak bahawa kebahagiaan rumahtangga adiknya itu paling sempurna.

Coret Che Ta, suami adiknya itu muda, herlok (tampan), kaya, bertanggungjawab, kuat agama dan penyayang. Ayu pula dikatakannya sebagai seorang isteri yang cantik, tua sikit ja, serba boleh, pandai masak, mengemas dan menjahit.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon, Zain Saidin ini juga menyifatkan adiknya itu seorang yang subur dengan menjelaskan di dalam kurungan ‘(11 tahun berkahwin, anak nak masuk 6), penyayang, memahami dan paling setia’. ‘Semoga kebahagiaan ini sampai ke jannah. Amin’, tulis Che Ta.

Ayu Raudhah turut membalas di komen hantaran Che Ta untuknya itu dengan menulis: ‘Masyaallah… Alhamdulillah … Subahanallah.. AllahhuAkbar. thank you for everything kak ta ku syg rozitachewan1 we love you to the moon n back’. Terasa kasih sayang adik kakak antara mereka ni …

Banyaknya ciri-ciri wanita idaman ini ada pada Ayu Raudhah ni. Padanlah suamipun sayang, malah Che Ta sendiri memujinya. Tak sangka diam tak diam dah nak masuk enam orang anaknya bersama Zaquan sejak mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 ya…

Agak mencuit hati apabila menjawab komen netizen tentang Ayu Raudhah yang hendak masuk anak ke-enam apabila Che Ta menulis, “qumah depa tv qosak”. Adeh… kelakar la Che Ta ni. Komen netizen lain pula, hanya mereka yang lejen boleh faham maksud ayat tu.

Apa pun tak kurang yang mengambil kesempatan mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan buat Ayu Raudhah dan Zaquan yang dah macam David Beckam & Victoria versi Malaysia ni. Ramai juga mendoakan agar mereka lebih murah rezeki di samping keluarga dan berkekalan hingga ke jannah.

Untuk info, Zaquan Adha lahir pada 3 Ogos 1987 juga mempunyai pasangan kembar Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak. Mereka turut memiliki minat sama, iaitu mempunyai karier sebagai seorang pemain bola sepak profesional. Aidil pernah melansungkan perkahwinan bersama pelakon, Rita Rudaini namun telah bercer4i.

Ayu Raudhah, lahir 7 Disember 1984 merupakan anak ke enam daripada 7 beradik. Adik-beradik perempuannya termasuk Che Ta dikenali dengan kejelitaan yang dimiliki dan semestinya diwarisi daripada ibu mereka Zabed4h Saad. Sinonim dengan watak yang lembut dan bertudung, beliau banyak berlakon dalam watak yang diadaptasi dari novel.

Sumber : Ig Che Ta, Ayu Raudhah & Zaquan Adha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!