“Makan sambil bergaad0h ngn nyamuk ke tu”- Netizen

Orang yang sudah biasa membuat lawak akan sentiasa disenangi oleh manusia lain. Membuat kelakar ini adalah satu sifat yang disukai oleh orang sekeliling dan bukan semua orang punyai sifat ini. Ia seperti satu bakat yang dilahirkan bersama dengan seseorang itu. Orang yang mempunyai sifat seperti ini akan memberi senyuman kepada orang lain yang mungkin sedang berduka.

Seperti kita kenali pelakon wanita tempatan iaitu Zara Zya. Pelakon yang berusia 37 tahun itu memulakan kariernya pada tahun 2010 dan mula membina nama sejak daripada itu. Beliau juga sangat berkaliber dalam lakonannya dimana beliau boleh melakonkan pelbagai watak termasuklah watak komedi.

Beliau mula dikenali apabila mendapat watak wanita utama dalam drama bersiri ‘Love you Mr. Arrogant’ yang digandingkan bersama Azlee Khairi pada tahun 2013. Mula dari drama tersebutlah beliau perlahan-lahan mendapat peluang memegang lagi watak-watak iutama dalam beberapa drama lain.

Dilihat di dalam laman ig Zara Zya, beliau sering dilihat sebagai seorang yang sangat kelakar bersama rakan-rakannya. sifat beliau yang spontan dan bersahaja membuatkan netizen sangat suka melihat gelagat Zara Zya di laman ignya.

Sifat kelakar beliau sangat memberi inspirasi kepada peminat beliau untuk jadi sepertinya dimana menjadi seorang yang sangat bersahaja dan sempoi. Baru-baru ini juga terdapat satu kongsian beliau dimana beliau sedang menjamu selera masakan Melayu Thai.

Dilihat didalam video tersebut, Zara Zya seperti sedang ‘standby’ bersama alat penghalau nyamuk atau lalat yang berbentuk seperti raket badminton. Di dalam kapsyen beliau berkata bahawa siakap yang dijamu oleh Zara Zya itu berharga tidak sampai rm1000.

Wanita kecil molek ini suka menghiburkan hati orang sekelilingnya dan juga peminat-peminatnya. Kadang kala ia adalah perbuatan spontan dari Zara Zya tetapi ia sangat mencuit hati peminat-peminatnya.

Netizen ada juga yang bertanya bahawa adakah Zara Zya sedang makan sambil melindungi diri dari digigit nyamuk. Dan ada juga yang berseloroh berkata beliau kur0s kerana sejurus makan terus bersukan dek kerana Zara memegang alat tersebut yang berbentuk seperti raket badminton.

Tidak salah menggembirakan orang sekali sekala dengan gelagat kita. Malah sifat itu sangat bagus dalam membina persahabatan dengan orang sekeliling.

Sumber : Ig Zara Zya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!