“Anak I cakap cam robot pulak, cam laki katanya” – Netizen

Artis dengan netizen ni bagai semut dengan gula. Di mana ada artis, di situ ada netizen yang sentiasa memperhatikan tindak tanduk selebriti. Senang cakap, g0sip 24 jam lah. Apa sahaja yang para artis lakukan, walaupun ianya perkara yang normal untuk dilakukan, mesti ada sahaja gosip-gosip panas yang tersebar. Pasti ada sahaja sesuatu yang tidak kena di mata netizen.

Walaupun kadangkala ada juga teguran yang baik diberikan buat para artis, namun komen-komen negatif ataupun komen-komen mengejek pasti juga ada terselit. Seperti yang kita sedia maklum, artis dengan dunia fesyen merupakam sesuatu yang memang tidak boleh dipisahkan.

Cuba bayangkan jika artis tanahair tidak menghiraukan fesyen, pasti netizen bising kata bosanlah, artis Malaysia tidak pandai bergaya lah atau seumpamanya. Tetapi apabila para artis mementingkan fesyen pula, mulalah timbul ayat-ayat mengejek serta merendah-rendahkan artis tersebut.

Macam yang dilalui oleh selebriti terkenal Nabila Huda, yang mana pakaian yang dipilihnya itu mendapat pelbagai reaksi serta komen mahupun positif dan negatif daripada netizen. Pakaian Nabila ternyata agak unik dari pandangan awam, tapi mungkin ianya sesuatu yang normal bagi dunia artis dan fesyen.

Mungkin fesyen Nabila ni merupakan yang paling ‘hot’ pada masa sekarang. Namun selepas melihat ‘keunikan’ pakaian Nabila, sedikit sebanyak min juga mulai memahami pandangan orang awam terhadap fesyen ‘hot’ ini. Cuba korang bagi pendapat mengenai penampilan Nabila yang cukup unik ini.

Penampilan sedemikian sememangnya sesuai digunakan buat Nabila yang ingin tampil berbeza dengan para artis yang lain. Baju biru yang dipadankan dengan seluar serta kasut tinggi berwarna merah itu benar-benar padan dengan gaya Nabila yang cukup berani dalam mengekplorasi dunia fesyen.

Walaupun baru beberapa jam posting ini dikongsikan menerusi akaun Instagram Nabila, ianya sudah memperolehi sebanyak 12,976 likes dan 204 komen.

Ramai rakan artis Nabila yang cukup terpesona dengan penampilan Nabila kali ini. Masing-masing sibuk mengatakan bahawa penampilan Nabila terlebih ‘h0t’.

Namun apa yang dikomen oleh para netizen cukup berlainan dengan komen rakan artis Nabila. Sempat juga Nabila menjawab kritikan salah seorang followersnya itu dengan cara yang bersahaja.

Sebenarnya, penampilan Nabila ni jauh lebih baik berbanding dengan penampilan sesetengah artis yang sewenang-wenangnya menampakkan aurat. Pakaian Nabila ni tidaklah menjolok mata jika dibandingkan dengan pakaian artis lain yang terlalu singkat, kan?

Sumber: Instagram Nabila Huda

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!