“Skateboard tu yg tak menahan tu” – Netizen

Golongan yang pandai ‘naik’ skateboard atau papan selaju ni memang nampak happening dan menerujakan penonton terutama jika beraksi di trek taman permainan dan tempat dikhususkan khas untuk itu. Tapi bayangkanlah jika ia diluncurkan di dalam sebuah pasaraya yang penuh barangan jualan. Boleh sampai melopong juga orang melihatnya dek kerana ia bukan sesuatu yang lazim dilakukan.

Terkenal dengan sifat bersahaja dan mencuit hati, penyanyi, pelakon dan hos TV popular, Alif Satar nampaknya berjaya menunjukkan aksi tersebut di situ. Dengan muka selamba, beliau yang berkongsi gelagat itu di IG nya hingga mengundang komen pengikut.

Apa yang membangkitkan rasa lucu, aksi ‘cantik’nya yang meluncur laju di lantai papan selaju tersebut diakhiri dengan beliau menunjukkan papan selaju yang digunakan adalah berwarna merah jambu. Tampak ‘comel’ sekali.

‘Ni baru daddy cool’, antara coret netizen di ruangan komen. Ya, memang kelihatan cool sekali gaya bapa kepada tiga cahaya mata itu dengan aksi tersebut. Mana taknya, kalau tak kena gaya atau tak biasa, boleh tersembam juga dibuatnya.

Sering berkongsi positive vibes pada pengikut nya, beliau dalam posting itu semalam, turut menyelitkan kapsyen bahawa hari itu adalah Jumaat, agar jangan lupa bawa sejadah dan ‘on’ al-Kahfi (membaca surah al – Kahfi).

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang memberikan komen terserempak dengan beliau sedang shooting di sebuah pasaraya semalam ketika melakukan gelagat santai tersebut. Namun tidak pula dapat dipastikan berikutan beliau belum reply komen tersebut.

Ada pula yang mengingatkan agar jangan melepaskan anak-anak mengikut ‘aksi’ Alif itu di pasaraya kerana tak mustahil boleh dihambat pak guard.

Berbeza dengan Alif kerana beliau seorang selebriti yang barangkali sedang ada tugas di situ. Jangan ‘jangan tiru’ aksi ini sesuka hati ya…

Padanlah seorang yang versatile, beliau mula dikenali setelah berjaya mendapat tempat ketiga dalam rancangan realiti One in a Million musim pertama sewaktu beliau berusia 16 tahun lagi.

Alif bermula berlakon pada usia 14 tahun di dalam produksi West End London untuk teater muzikal Peter Pan The Lost Boys. Lakonan pertama beliau adalah menerusi drama Suria di Cordoba sebagai Rudy. Wow kan.

Sumber : Ig Alif Satar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!