“Wah ramainya bodyguard” – Netizen

Sukan berbasikal nampaknya kian digemari masyarakat pada masa kini. Sudah tentu selain dijadikan hobi, ia kian mendapat tempat di hati kerana dikatakan aktiviti sukan yang banyak mengeluarkan peluh itu boleh menyihatkan tubuh badan dan menambahkan stamina kita. Agak bukan besher-besher juga mereka yang sukakan sukan ini kerana bukan mudah nak istiqomah.

Pun begitu, penyanyi  tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza nampaknya antara yang setia dengan sukan lasak itu yang sudah dimulakan sejak beberapa tahun lalu. Minatnya itu turut disokong suami tersayang, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa  atau Datuk K.

Walaupun sudah beranak dua yang mana baru melahirkan cahaya mata kedua beberapa bulan lalu, Tokti tetap bersemangat waja hendak mengayuh. Terpaksa berkurung dek PKP lalu juga nampaknya tidak me’lemau’kan beliau.

Lihat sajalah gayanya yang beraksi berbasikal di kawasan agak berbukit itu. Jika tak biasa, memang boleh semput juga dibuatnya. Begitupun, Tokti nampak steady saja tanpa kelihatan mengah atau tercungap.

Sudah namanya netizen, bagaimanapun ada yang menarik perhatian mereka iaitu apabila melihat Tokti diiringi oleh beberapa pemuda semasa mengayuh basikal hingga mengundang komen kekaguman akan beliau yang mempunyai ramai ‘bodyguard’.

Macam manapun tidak dapat pula dipastikan akan hal ‘bodyguard’ yang diperkatakan itu kerana sehingga petang ini belum ada reply daripada tuan punya badan. Biarpun demikian, memang ramai yang terinspirasi dengan semangat Tokti terutama k4um hawa.

Tidak kurang yang prihatin akan keselamatan beliau mengingatkan agar menjaga diri tatkala mengayuh di jalan raya berikutan banyak insiden tidak diingini menimpa penunggang berbasikal akhir-akhir ini. Ramai betul yang sayang Tokti..

Dalam pada itu, terdapat salah seorang yang bertanya di ruangan komen tentang seorang pengayuh dengan warna merah jambu kerap melihat ke belakang bagi menjaga keselamatan Tokti. Menariknya ada pula netizen menjawab di ruangan komen bahawa penunggang itu cyclist berpengalaman. Namun tak dapat pula dipastikan.

Media ketika memaparkan perkongsian Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang tidak berapa lama dulu,  pernah mendedahkan Tokti dan Datuk K mempunyai koleksi basikal yang turut mengundang kekagumannya. Justeru minat Tokti terhadap sukan ini tak dapat disangkal lagi.

Moga dimudahkan Tokti agar dapat meneruskan hobi sihat ini di samping memberi lebih banyak inspirasi buat mereka di luar sana agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.

Sumber : Ig Datuk Siti Nurhaliza

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!