“Muda lagi, Tajul pun mcm budak2 lagi”- Netizen

Populariti penyanyi Haqiem Rusli semakin meningkat dalam industri hiburan tanah air. Tidak dinafikan, Haqiem Rusli dikelilingi ramai peminatnya sehinggakan beliau pernah menerima anugerah Bintang Paling Popular. Melihat pada keperibadiaan Haqiem, beliau cukup menghargai peminat-peminatnya dari awal kemunculannya dalam industri hiburan meskipun usia baru mencecah 23 tahun. Beliau juga antara selebriti muda yang sudah menempa nama dalam industri nyanyian.

Malah desas-desus mengatakan Haqiem bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi telah terjawab selepas ditemu bual oleh wartawan Hlive baru-baru ini.

Sebelum ini, ramai berteka teki tentang gosip Haqiem yang bakal mendirikan rumah tangga sehinggakan laman Instagram miliknya kehilangan ramai pengikut.

Perkara tersebut berlaku disebabkan oleh ramai peminat wanita Haqiem telah mula ‘kecewa’ apabila mendengar berita penyanyi kesayangan mereka bakal berkahwin tidak lama lagi.

Dan kini, Haqiem sendiri telah mendedahkan bakal berkahwin pada hujung tahun ini. Malah lebih romantik lagi apabila Haqiem sendiri memberitahu lagu terbaru juga akan dilancarkan pada hujung tahu ini khas buat bakal isterinya. Tahniah buat Haqiem.

Sementara itu, posting instagram Hlive telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen di ruangan komen. Rata-rata peminat Haqiem meluahkan perasaan teruja ingin melihat bakal isterinya dan mendoakan yang terbaik buat Haqiem.

“Semoga dipermudahkan Haqiem and bakal isteri, siapakah gerangannya..”- Netizen

Semoga urusan Haqiem Rusli untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan, tak sabarnya nak tengok hari bahagian pnyanyi kesukaan ramai ni..

Sumber: Instagram officialhlive

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!