“Artis kedua aku sedih sgt bila telah pergi selepas arwh Abam” – Netizen

Pagi tadi pelawak terkenal Shuib Sepahtu telah memaklumkan perkhabaran duka mengenai pemergian arwh isterinya yang telah pergi buat selamanya. Shuib memohon orang ramai supaya sedekahkan Al- Fatihah buat isterinya itu. Berita tersebut cukup mengejutkan rakan artis dan juga orang ramai yang tidak menyangka penyanyi berkenaan telahpun bertemu pencipta dalam tempoh yang amat singkat setelah beberapa hari bertarung cvd

Arwh sempat melahirkan seorang bayi lelaki secara pembdahan dan diberi nama Ayash Affan. Bayi pra- matang yang dilahirkan pada usia kandungan arwh 8 bulan itu masih dalam tempoh pemerhatian dktor namun telah memberikan respon dan tindak balas yang positif.

Oksigen Sarah telah menurun menyebabkan dktor terpaksa mengambil tindakan untuk menidurkan beliau. Sarah menjalani rawatan di 1cu Hspital Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Shuib berkata beliau tahu isterinya itu seorang yang sangat kuat dalam melawan penyaakit berkenaan dan beliau meminta orang ramai supaya mendoakan isterinya itu agar kembali sihat seperti sedia kala. Beliau dan anak-anak sedang menanti Sarah dengan penuh kesabaran.

Terdahulu pembantu rumah keluarga itu telah dijangkiti cvd menyebabkan Shuib sekeluarga membuat ujian calitan demi keselamatan mereka sekeluarga. Mereka sekeluarga bagaimanapun telah disahkan positif dan menjalani kuarantin.

Bagaimanapun keadaan kesihatan Sarah semakin merosot menyebabkan penyanyi tersebut perlu dibawa di bawa ke hspital untuk tindakan segera.

Terkini menerusi Instagram Melodi tv3, dikongsikan sebuah video menunjukkan Shuib berkongsi rasa berterima kasih beliau kepada orang ramai yang tidak putus mendoakan arwh isterinya serta membuat bacaan Yasin untuk kesembuhan isterinya itu. Namun takdir telah tertulis arwh akhirnya menghembuskan nafas terakhir pagi tadi sekitar jam 5.13 minit pagi.

Dalam rakaman beberapa minit itu juga jelas kelihatan wajah Shuib yang kesedihan dan sayu semasa memberikan ucapan, beliau juga dilihat sangat berat hati sehingga terdiam sebentar untuk menyebut perkataan arwh terhadap isterinya itu.

Ramai yang merasa sebak kerana Shuib sebelum ini meluahkan harapan beliau yang sangat besar supaya isterinya kembali sihat dan pulang ke pangkuan keluarga kerana beliau dan anak -anak begitu merindui dan mengharapkan isterinya itu untuk pulang kepangkuan mereka.

Menjengan keruangan komen, rakan- rakan artis dan juga para peminat seakan tidak percaya dengan berita yang telah dikongsikan oleh pelawak tersebut mengenai pemergiaan isterinya. Rata- ratanya merasai kehilangan penyanyi lagu Kesetiaan itu walaupun tidak pernah bersua muka ataupun mengenali arwh secara peribadi.

Menerusi ruangan komen juga, ada netizen yang berkata pemergian arwh begitu dirasai dan arwh adalah artis kedua yang telah menyentuh hati netizen dengan pemergiaan beliau setelah pemergian arwh pelawak Abam Bocey tahun lalu.

Orang ramai tidak putus memberikan ucapan takziah dan memberikan kata – kata semangat kepada Shuib supaya terus kuat dan bersabar dengan dugaan yang menimpa beliau sekeluarga. Berikut dikongsikan komen-komen netizen.

“Hilang kata2 shuib kehilangan isteri tersayang… Semoga kau kuat dan tabah IB demi anak2 , permata hati yg sarah tinggalkn utk kau… Jaga amanah Allah dan Sarah elok2… Semoga Allah ampunkan Sarah dan tempatkn arwh dikalangan org2 yg beriman.. amin yra” – Netizen

Shuib sebelum ini pernah memuatnaik status yang mengucapkan terima kasih kepada isteri kesayangannya itu kerana telah berjuang demi anak dalam kandungan beliau sehingga anak mereka itu selamat dilahirkan. Menurut Shuib, Sarah secara peribadi telah memilih nama Ayash Affan buat anak lelaki mereka itu.

Shuib juga turut berkongsi berita gembira apabila doktor yang sedang mengawasi keadaan anaknya itu memberikan khabar gembira bahawa anaknya itu sudah membuka mata, boleh menendang dan bergerak aktif.Menitis air mata mengenangkan nasib anak bongsu arwh yang belum sempat merasai kasih sayang seorang ibu. Semoga Shuib tabah harungi dugaan ini.

Sumber : ig melodi tv3

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!