“Anak dah melompat dalam kereta last last cabut balik kl drive” – Zarina

Sekarang ini kalau ikutkan kalau hendak ke mana-mana destinasi semuanya jadi mudah dengan adanya perkhidmatan aplikasi dalam talian atau ringkasnya selalu senang kita sebut, apps atau tempahan guna laman web. Pun begitu dalam dikatakan memudahkan, ada juga kelemaahannya hingga menyusahkan kita pula. Itu yang dikongsikan pelakon wanita popular dan usahawan Zarina Zainudin.

Agak sayu cerita ibu kepada dua anak istimewa, Azal dan Azil ini, apabila ‘terkena’ selepas melakukan booking melalui syarikat yang menyediakan khidmat tempahan hotel dalam talian. Wang telah dibayar, tapi bila sampai ke hotel ditempah lain pula ceritanya.

Menurut Zarina pihak hotel memberitahu yang booking nya itu pending (belum diputuskan) dan perlu menunggunya daripada syarikat terbabit. Begitupun apa yang berlaku amat tidak patut.

Menurut Zarina, biarpun sebelum itu anaknya dah teruja masuk ke kereta  untuk ke hotel itu, bagaimanapun kemudiannya hampa, akhirnya terpaksa pulang semula ke KL selepas tak dapat tempat bermalam.

Agak membuka mata, rupanya ramai netizen di ruangan komen di posting beliau itu berkongsi bahawa pernah melalui pengalaman yang sama menyebabkan rasa kesal dengan apa yang terpaksa dihadapi.

Beberapa rakan artis turut berkongsi rasa simpati. Mereka memberikan sokongan kepada beliau agar membuat laporan kepada pihak terbabit, antaranya pelakon, Sheila Rusly, Kuna dan 0zlynn Wati. Penyanyi, Nourul Depp turut tag syarikat berkenaan.

Menjawab cadangan 0zlynn dan netizen agar terus berhubung dengan pihak hotel bagi mengelakkan masaalah seumpamanya, kata Zarina beliau risaukan hotel penuh, justeru menempah dahulu melalui atas talian.

Ketika menanya sampai bila hendak menunggu balasan email yang masih pending, kata Zarina pihak hotel memberitahu ‘tidak tahu’. Kasihan Zarina dan anak ya. Padanlah beliau rasa kecewa.

Membalas komen Sheila pula, Zarina berkata berikutan membawa anak-anaknya, beliau penyudahnya menumpang bermalam di rumah adiknya dekat Sendayan. Rengsa juga buat Zarina kerana katanya anaknya Azil susah sikit tidur di rumah orang dek punya mood tak menentu.

Apa pun moga dipermudahkan urusan Zarina dan pihak berkenaan dapat mengambil tindakan serius bagi mengelakkan hal sebegini berlaku. Kan dah menyusahkan ramai orang nak-nak Zarina juga bersama anak istimewa beliau yang sudah semestinya perlu khidmat yang lebih efisyen.

Untuk pengetahuan, Zarina telah berkahwin dgn Dato’ Sri Dr Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.

Pasangan ini mempunyai empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, Muhammad Naim Azrai Abu Raihan, Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil). Azal dan Azil menghidap autisme.

Sumber : Ig Zarina Zainuddin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!