“Simple je Tokti, ye kan je layan peminat good job”- Netizen

Siapa saja tak mengenali penyanyi terkenal yang bernama Dato’ Siti Nurhaliza. Beliau bukan saja terkenal di kalangan rakyat Malaysia, tapi seluruh dunia kenal beliau. Mana taknya beliau merupakan artis berprestij dunia.  Sangat hebat kan beliau. Walaupun ternama, ada yang ramai kagum dengan Tokti ni, beliau seorang yang sangat humble.

Beliau bukan sahaja seorang penyanyi terkenal, malah beliau juga seorang usahawan yang berjaya. Tokti sering kali keluar negara untuk menguruskan perniagaannya contohnya membuat promosi perniagaannya di luar negara. Baru-baru ini beliau ada pergi ke Singapura untuk menguruskan hal perniagaannya.

Rakyat Singapura pun lepas tahu Tokti nak pergi ke sana semua excited. Ye lah selama ini hanya tengok dia kaca televisyen saja, kali ini Tokti akan ke sana semua pakat nak datang ke sana jugalah dan boleh berjumpa dengan Tokti.

Kalau kita pun, artis luar negara nak datang ke Malaysia, kita pun akan rasa excited dan terburu-buru untuk pergi bertemu dengan mereka. Bukan selalu kan dapat bertemu secara face to face. Jadi, inilah peluangnya dan jangan lepaskan.

Sewaktu beliau ke sana, sudah tentu ramai peminat dari Singapura teruja untuk bertemu dengan Tokti. Tak kisahlah dari umur berapa, kerana Tokti ni mempunyai peminat dari semua peringkat usia. Muda hinggalah tua.

Ada dimuat naik video salah seorang aunty sangat kelihatan sangat teruja tak terkata ketika bertemu dengan Tokti. Jelas kelihatan dari raut wajah yang begitu gembira. Mungkin sudah lama pasang, dan kini baru kesampaian.

Aunty tersebut sangat gembira, terus dipel0knya Tokti, bukan saja pel0k, ci0m sekali tau. Nampak tak betapa teruja nya bertemu dengan penyanyi terkenal tersebut. Untung nya aunty tu dapat jumpa Tokti secara face-to-face kan.

Apa yang menariknya, Tokti juga membalas pel0kan tersebut. Comel betul tengok gelagat mereka time bergambar tu. Rata-rata netizen sangat teruja dengan sikap Tokti yang sangat humble dan menghargai peminat nya tu.

Justeru, siapa pun kita. Tak kisahlah lah orang ternama atau biasa, adalah kewajipan kita untuk saling menghorm4ti dan menghargai satu sama lain. Tak perlulah untuk acah-acah baik di depan, belakang lain pula perangai.

Sumber : Ig Hiburan.ringkas

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!