“Last2 rambut kepok2 mcm Anuar Zain seyy..I is jeles” – Netizen

Apabila sudah hidup berpasangan, semestinya rakan pagi dan malam kita adalah pasangan kita itu. Jadi apabila sudah hidup bersama, kita seharusnya perlu luangkan masa yang berkualiti bersama pasangan kita. Perkara ini sangat bagus dan sihat untuk mengekalkan keharmonian dan keserasian antara satu sama lain sama ada dari segi rohani atau fizikal.

Siapa tidak kenal keluarga kecil Nabila Huda yang selalu kelihatan bergurau bersama anak beranak. Nabila Huda yang mendirikan rumahtangganya bersama suaminya sejak 2015 sering dilihat sebagai pasangan yang sempoi oleh para netizen.

Netizen sangat menyukai keserasian mereka dalam setiap perkongsian Nabila Huda kerana apa yang ditonjolkan oleh mereka adalah ‘genuine’ dan tidak kelihatan berpura-pura.

Keserasian mereka juga dilihat dalam sebuah video perkongsian Nabila baru-baru ini dimana Nabila sedang menunjukkan cara memakai satu set produk rambut dan menjadikan suaminya sebagai model produk tersebut.

Di dalam video tersebut, dilihat Nabila Huda sangat terhibur dengan lawak suaminya itu sambil beliau membasuh rambut suaminya.

Sehinggalah pada akhir video tersebut suaminya teruja apabila rambutnya sudah ‘tebal’ setelah menggunakan produk tersebut. Namun, ia hanyalah gimik yang dibuat oleh Nabila Huda bagi mempromosikan produk rambut tersebut.

Netizen sangat terhibur melihat gelagat suami isteri tersebut dan ada juga yang berseloroh mengatakan rambut suami Nabila Huda seolah-olah seperti Anuar Zain.

Comel betul melihat Nabila Huda dan suaminya bergurau dan sama-sama meluangkan masa berkualiti. Pasangan lain sepatutnya mencontohi mereka dan cuba adakan masa untuk org tersayang supaya mntal pasangan terjaga dan bahagia.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!