“Kalau cmni bapaknya, Dr Halina beranak lagi pun xpe” – Netizen

Figura seorang bapa penyayang dan bertanggungjawab yang dimiliki oleh Angkawasan Pertama Negara iaitu Dr Sheikh Muzaffar membuatkan orang ramai sering mendapatkan nasihat mengenai cara mendidik anak serta ilmu keibubapaan daripada beliau. Beliau yang juga tidak lokek berkongsi ilmu di media sosial, turut memanfaatkan sebaiknya platform yang ada dengan berkomunikasi dan menyebarkan ilmu tersebut kepada masyarakat untuk kebaikan bersama.

Dr Sheikh sebelum ini juga pernah menerbitkan sebuah buku berjudul My Way Of Parenting sebagai panduan buat ibu bapa yang sering bertanyakan beberapa permasalahan berkenaan anak-anak kepada beliau.  Nasihat dan saranan Dr Sheikh sering dijadikan rujuan dan panduan memandangkan Dr Sheikh juga merupakan seorang doktor yang bertauliah.

Menggalas tanggungjawab membesarkan 6 orang anak yang sedang dalam peringkat kanak-kanak dan bayi bukanlah satu tugas yang mudah. Banyak pengorbanan dari segi masa, usaha dan tenaga diperluukan demi memastikan anak-anak mendapatkan input yang terbaik daripada kita sebagai ibu bapa.

Tambahan pula apabila Dr Sheikh juga mempunyai isteri yang juga seorang doktor iaitu Dr Halina. Sikap toleransi antara mereka berdua amat penting demi memastikan kesejahteraan kepada pasangan dan anak-anak.

Menerusi perkongsian terkini Dr Sheikh di instagram, beliau berkata hari ini beliau bercadang untuk menghantar anak kembarnya Emilia dan Eusoff ke taska kerana merasa kasihan terhadap isterinya Dr Halina yang bangun seawal 5 pagi untuk menyusukan anak kembar mereka itu sehingga tertidur.

Menurut Dr Sheikh kebiasaannya Dr Halina yang akan menghantar mereka berdua ke Taska sebelum terus ke tempat kerja. Dr Sheikh khuatir isterinya itu mungkin tidak dapat rehat dan tidur yang mencukupi kerana beliau juga amat memahami kesibukan sebagai doktor.

Di akhir caption yang ditulis beliau, Dr Sheikh turut menitipkan pesanan supaya cuba mengambil inisiatif sekiranya melihat pasangan kita sedang dalam kepayahan walaupun pasangan tidak pernah mengeluh.

Melihatkan personaliti Dr Sheikh sebagai seorang suami dan bapa yang mithali, rata-rata peminat mngalkan komen berbaur pujian yang menggunung kepada beliau.

Keperibadian Dr Sheikh sangat hebat kerana mampu mengimbangkan antara kerjaya dan keluarga dengan cukup baik.

Netizen juga berkata Dr Halina juga tidak perlu risau untuk bersalin lagi jika mempunyai suami seperti Dr Sheikh. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditulis netizen.

Dr Halina cukup bertuah dikurniakan suami seperti Dr Sheikh Muzaffar. Sehingga kini perkahwinan mereka berdua telah dikurniakan 6 orang cahaya mata dan mereka berdua saling bertolak ansur dan saling bekerjasama dalam membesarkan anak-anak.

Semoga kehidupan keluarga ini sentiasa diberkati dan impian Dr Sheikh untuk memiliki seramai mungkin cahaya mata tercapai.

Sumber : ig drsheikhmuzaffar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!