“Anak2 muda skrg aduh terasa tua dah TokTi ni” – Netizen

Memiliki laman media sosial umpama satu keperluan pula pada masa kini tambahan pula pada anak seni. Jika 10 ke 20 lalu golongan artis seperti penyanyi misalnya hanya dapat mendekatkan diri dengan peminat ketika persembahan pentas, paling tidak pun melalui radio dan televisyen, kini dengan adanya medium itu segalanya di hujung jari, termasuklah hendak menatap artis pujaan.

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza antaranya antara selebriti yang memanfaatkan media sosial sebaiknya. Lebih menarik, tidak membiarkan lamannya itu sendu, beliau juga tidak ketinggalan mengikut trend.

Misalnya, selain Siti sendiri aktif di medsos misalnya dengan berTikTok, malah comel-comel pula nampak hasilnya, beliau sendiri tidak kedekut melayan kehendak peminat mengajaknya sama untuk melakukannya.

Lihat saj4lah perkongsian Siti di laman IG nya ini. Menurutnya, beliau layankan je permintaan anak-anak muda sekarang untuk melakukan aksi itu khususnya buat pengikut #sitizoners. Nampak beliau sporting sekali.

Agak mencuit hati pula bila ada yang melayangkan coretan bahawa bila Siti menukilkan di kapsyen dengan penggunaan perkataan ‘anak-anak muda sekarang’, memperlihatkan dirinya sendiri sudah semaki

Ya lah… manusia sentiasa memasuki fasa usia baharu. Selagi bernama manusia tetap akan menjejak usia tua. Apa pun semua pun harus bergerak dan berubah seiring perubahan usia dan zaman. Cuma mengikut trend sejajarlah dengan umur.

Tengok macam TokTi ni… biarpun berTikTok, nampak sopan dan elok sahaja. Tidaklah sampai ada sesetengah tu dah lanjut usia, tapi berTikTok mengalah anak muda dengan gayutnya… hingga memalvkan diri sendiri.

“Tokti paling comel”, “kat belakang huru hara dibuatnya sitizoners. Enjoy sgt haritu. Τнäиκ чöü kak iti layan kitorang”, “Makiti terpaling comel di abad ini”. Itu antara komen netizen.

Bayangkanlah… sekarang pun TokTi mempunyai 8.7 juta pengikut di Instagram. Jika sejak di awal kemuculannya di usia 16 tahun lalu beliau dah mempunyai akaun medsos, berapa puluh juta atau bilion pula pengikut yang TokTi akan ada kan…

Pada usianya 43 tahun kini, berbekalkan rakaman lebih 250 lagu dansingle, jualan album beliau kini dianggarkan telah terjual lebih 5 juta unit. TokTi kini antara artis yang berpeng4ruh di Kepulauan Melayu dan rantau Nusantara.

Sumber : IG Datuk Seri Siti Nurhaliza

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!