“Makin lawa lah si Meera ni” – Netizen

Bergelar adik kepada selebriti terkenal, Neelofa selain dirinya juga merupakan seorang influencer, memang ramai pengikut dan peminatnya yang sentiasa mahu memerhatikan perkembangan terkini, Ameera Khan atau lebih mesra dengan gelaran Little Miss Khan ini. Apa sahaja dilakukannya terutama terhadap gaya, fesyen dan mekap olehnya, pasti ada sahaja maklum balas sama ada positif dan sebaliknya diterima Ameera.

Mempunyai 1.5 juta pengikut di Instagramnya sudah tentu tak dapat lari daripada respons dilayangkan oleh netizen di ruangan komen hantarannya. Paling mencuit hati tatkala netizen sentiasa perasan setiap inci perubahannya.

Jika sebelum ini pernah tampil dengan imej berhijab, berturban dan kemudian menampakkan hadapan rambut, kini bukan itu sahaja, sebahagian rambutnya itu pula sudah mula ditayangkan.

Memandangkan Ameera pun masih muda barangkali masih mencari identitinya tersendiri, begitupun tetap ada sahaja yang mempertikaikannya gaya gadis lahir pada 8 Disember 2000 itu.

Sebelum ini ramai yang melihat imejnya itu sambil dikaitkan dengan Neelofa yang kini sudahpun berhijab sebagaimana seorang mvslimah sejak mendirikan rumahtangga dengan bekas peserta program Pencetus Vmmah, (PU) Ri

https://www.instagram.com/p/Cd2ipT2rd_T/

Begitupun, kata orang umpama tidak berkudis pun dek kata-kata netizen yg memandang gayanya yang semakin ‘terbuka’ itu dengan nista, malah tak kurang pula yang melihat dan memuji bahawa Ameera kini kelihatan semakin jelita dan cantik.

“Woman you pretty”, “It’s giving supermodel vibes”, “u look so preety”, “what an angel. Itu antara komen netizen. Menariknya jika menyoroti perkembangan setiap hantaran Ameera, jarang sekali dia membalasnya.

Pastinya fokusnya hanya pada kerjaya, umpama apa sahaja netizen nak komen, dia tak mahu ambil pusing. Jika sebelum ini pernah dirinya dicop lantang bersuara dengan isu tertentu, nampaknya kini makin ‘senyap’ dan hanya berkisarkan kerjanya.

Baguslah Ameera, kalau setiap komen netizen kita hendak beri reaksi memang tak jadi kerja dibuatnya. Apa yang penting, seperti Neelofa dan ibunya, Noor Kartini Noor Mohammed, Ameera lebih tertumpu dengan perniagaan.

Apa pun selamat maju jaya buat Ameera dalam apa sahaja dilakukannya. Sebagai netizen, apa sahaja hak yang kita ada. Doakan yang baik-baik sudah. Yang penting apa pun dikatakan padanya, Ameera tetap malah makin jelita dan berjaya adanya. Kau hado…?

Sumber : IG Ameera Khan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!