“Bukan tak tahu step tp lebih menjaga gerak geri”- Netizen

Siapa sahaja yang tidak mengenali selebriti popular iaitu Neelofa yang sangat disukai ramai peminat-peminatnya. Sebelum ini, kisah penghijrahan Neelofa telah buka ramai mata selebriti tempatan dan juga rakyat Malaysia. Sehinggakan ramai selebriti Malaysia turut ikut sama berhijrah ke arah lebih baik. Melihat pada penampilan Neelofa yang kini berpurdah, membuatkan beliau lebih menjaga imejnya.

Bercerita tentang personaliti popular ini, ramai peminat Neelofa masih menantikan wajah Bilal iaitu anak sulung Neelofa bersama suaminya PU Riz. Bilal antara si cilik yang sentiasa menjadi bualan hangat netizen.

Namun berteguh pada pendiriannya, Neelofa masih belum mendedahkan sepenuhnya wajah Bilal secara umum.

Selain itu, baru-baru ini video Neelofa bersama team Nilofa Group telah membuat satu trending bagi video content mereka. Sudah menjadi kebiasaan buat usahawan yang menggunakan trend video bertujuan untuk memasarkan produk.

Neelofa pun tidak terkecuali mengikuti trending video Tiktok yang popular bersama team miliknya. Malah Neelofa pandai menjaga gerak gerinya walaupun mengikuti trending semasa.

Gerak-geri Neelofa cukup berhati-hati walaupun ada step yang beliau sendiri lupa hehe.. Sporting betul Neelofa dengan team dia.

Video Neelofa yang dimuatnaik oleh instagram Nilofa Group itu telah mencuri perhatian ramai sehingga menerima 58,000 tontonan dan komen daripada netizen.

Sebahagian netizen memuji cara Neelofa yang pandai menjaga adab dan maruah dirinya sebagai musliimah.

Contoh seperti Neelofa yang patut ramai wanita contohi untuk lebih berhati-hati apabila mengikuti trending video Tiktok. Paling penting tak terlampau menggelekkan badan sangat.

Seronoknya tengok penghijrahan Neelofa. Betul-betul sopan dan slow je gerak geri badan neelofa. Kan manis bila sopan santun macam Neelofa hehe..

Sumber: Instagram nilofagroup

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!