“Okla tu TikTok tu pun dah berabuk”- Netizen

Buat peminat dan pengikutnya pasti maklum, sejak dia berbadan dua, agak jarang juga pelakon berwajah lemah lembut cantik manis ini, berkongsi content peribadi di media sosialnya. Jika ada pun menayangkan wajah, ia dilihat hanya bertujuan komersial. Jika pada fasa trimester kedua Januari lalu baharu netizen perasaan akan perubahan fizikalnya dek kelihatan sedikit cengkung dan kurang bermaya dengan menebak disebabkan mengandung, tika itu baharulah dia dan pasangan mengesahkan kehamilannya. Kini dah memasuki usia kandungan lapan bulan, baharulah nampak si manis ini mula berkongsi content.

Menariknya, kali ini walaupun nampak kurang cengkung di wajah berbanding sebelumnya, sedikit demi sedikit muka pelakon, Mira Filzah dah nampak semakin bermaya seperti zaman solonya biarpun sebelum ini berkongsi tak mengalami alahan sepanjang hamil.

Lihat saj4lah perkongsian Mira dalam hantarannya ini. Nampak bertenaga dan makin bersemangat pula mommy to be ini. Ramai yang komen new rival Mira ni tampak lain tenaganya. Begitupun, difahamkan Mira hanya nak menonjolkan transisi mekap rupanya.

Berkongsi klip itu mulanya di akaun TikTok sebelum di Instagram nya, agak mencuit hati apabila netizen yang perasan Mira dah lama tidak mengemaskini akaun TikToknya sejak hamil menulis, media sosialnya itu sudah ‘berhabuk’.

Gamaknya dengan adanya content terbaharu Mira ini, nampak hiduplah sikit akaun tersebut. Apa pun masih cantik dan jelita, tak kurang yang melayangkan komen meluahkan Mira masih kelihatan seperti di zaman anak dara

“Peh terbaik la dia punya transition”, “TikTokkersss out there, you have a new rival. Sis pun tachodddd”, “Wow…Mom to be ni lain macam TikTok dia”, “Auwww gojesnya orang pregnant ni”, “uihh… Daebak”, “Tak mekap pun lawa giler”. Itu antara komen netizen.

Berkongsi content itu di IG tak sampai 20 jam lalu, dah lebih 126k view nya. Nampaknya dari situ, ramai yang rindu dan ingat dengan Mira tu. Moga Mira lebih semangat hasilkan content yang dapat hilangkan rindu peminat ya.

Apa pun didoakan moga kandungan Mira dipeliharaNya. Manakala tak lama lagi isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang merupakan anak sulung kepada Timbalan Ment3ri di Jabatan Perdana Mnteri (Tugas-Tugas Khas), YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid ini selamat bergelar seorang ibu.

Terdahulu, Mira, 29, dan Wan Emir Astar, 32, mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020 dan diraikan dalam empat majlis berasingan. Mira mula menceburkan diri di dalam bidang peragaan sejak berumur 17 tahun sebelum beralih kepada bidang lakonan.

Drama televisyen pertamanya ialah Dunia Lola di mana dia memegang watak utama sebagai Lola, sebuah rancangan hijabista yang berkolaborasi bersama Syampu Sunsilk. Dia juga semakin mendapat tempat apabila menjadi pengacara Nona di TV3.

Sumber : IG Mira Filzah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan diken

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!