“Dating ke tu, ke bukak puasa sekali”- Netizen

Sahabat, sering kali kita dengar maksudnya ialah seseorang yang mahu bersama kita ketika susah mahu pun senang, suka atau duka, bahagia atau sedih, ketawa atau menangis. Pendek kata dia selalu ada dengan kita sepanjang waktu. Orang kata nak cari kawan itu memang senang, tapi nak mencari sahabat itu belum tentu semua orang boleh memahami diri kita.

Seperti penyanyi Khai Bahar dan Nabila Razali, mereka antara selebriti yang mempunyai hubungan persahabatan yang cukup baik. Pada awalnya ramai menganggap mereka mempunyai hubungan istimewa.

Namun sebenarnya, mereka mempunyai hubungan yang rapat sebagai kawan. Melihat Nabila dan Khai menerusi posting di Instagram, nampak mesra hubungan mereka sebagai kawan rapat.

Baru-baru ini Khai memuatnaik foto mesra beliau bersama Nabila. Foto tersebut jelas menunjukkan Khai dan Nabila keluar berjalan jalan di salah sebuah pusat beli belah.

Foto mesra Khai bersama Nabila sekali lagi menjadi teka teki netizen tentang hubungan mereka yang sebenar. Namun Khai memaklumkan, mereka hanya berkawan sahaja dan sekadar keluar berjalan-jalan.

Walau bagaimana pun, foto Khai yang dikongsi di Instagram itu telah mencuri perhatian netizen sehingga menerima banyak respon.

Rata-rata netizen teruja melihat Khai dan Nabila yang seakan-akan sedang menjalin cinta. Kaosyen Khai pada postingnya itu juga membuatkan netizen berteka teki tentangnya.

Boleh dikatakan Khai antara yang rapat dengan Nabila dan beberapa artis wanita yang lain antaranya ialah Wany Hasrita serta Aina Abdul.

Sementara itu,baru baru ini Lagu Nafas Cinta yang dinyanyikan Khai dan pasangan duetnya Aina diumumkan pemenang kategori Anugerah Penyanyi Popular ketika AJL36.

Agaknya siapa yang bakal jadi suri di hati Khai Bahar ni? Ramai berteka teki dengan hubungan cinta Khai ni.. Tak lama lagi mesti Khai akan umumkan sesuatu yang menggembirakan hehe.. Semoga cepat kahwin Khai.

Sumber: Instagram khaibahar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!