“Mana bapak budak spiderman ni, nanti mengikut Bilal balik pening lah umi”-Neelofa

Kehadiran Muhammad Bilal dalam rumah tangga Neelofa dan suaminya PU Riz beri sinar bahagia buat pasangan suami isteri popular ini. Bilal yang merupakan cahaya mata pertama Neelofa dan PU Riz telah memberi keterujaan kepada netizen dan rakan-rakan artis yang lain untuk melihat si cilik ini. Sehingga kini, Neelofa dan suaminya masih belum mendedahkan wajah comel Bilal.

Tak dinafikan, wajah Bilal antara yang dinanti-nantikan oleh netizen meskipun baru dilahirkan tempoh hari. Jangan terkejut tau, Bilal berkemungkinan akan jadi popular dalam kalangan netizen ni..

Lagi pula tidak lama lagi, Neelofa pasti akan mendedahkan wajah anaknya memandangkan Neelofa baru habis berpantang.

Neelofa menerusi posting terbarunya, beliau memaklumkan sudah selesai berpantang dan sudah membawa Bilal keluar berjumpa doktor untuk urusan check up.

Baru sahaja meletakkan fotonya yang sedang mendukung Bilal, ramai netizen sudah mula teruja selepas melihat Neelofa yang baru selesai berpantang itu.

Ramai memuji Neelofa masih tetap kelihatan cantik meskipun sudah berpantang. Dan teruja melihat Neelofa bersama Bilal.

Foto Neelofa yang baru dikongsi di Instagram itu telah menerima 100,000 tanda suka dan 900 komen daripada rakan-rakan artis serta peminat-peminatnya.

Buat pertama kali Neelofa memuatnaik foto bersama Bilal. Nampaknya lepas ini mesti Neelofa akan berkongsi wajah Bilal pula.

“Next gambar bilal please nak tengok, cantiknya lofa lepas berpantang, maintain lawo betul dia ni, comelnya bilal dalam tu”- Netizen

Alhamdulillah Neelofa dah selesai berpantang. Makin bertambah cantik ibu Bilal ni ye.. Tak sabar nak tengok wajah Bilal ikut rupa siapa. Semoga dipermudahkan urusan Neelofa jadi ibu bilal lepas ini..

Sumber: Instagram Neelofa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!