“Sapa lah jejaka di sebalik kamera tu”- Netizen

Pelakon kesayangan ramai, Zara Zya antara selebriti yang masih berstatus solo dan diminati ramai jejaka di luar sana. Dengan imej Zara yang kini bertudung, lebih ramai suka melihat Zara sekarang. Nampak sopan dan manis je.. Karakter Zara yang sememangnya kita lihat beliau seorang yang ceria membuatkan netizen juga suka dengan lakonannya. Tak pernah mengecewakan tau..

Namun sehingga kini, masih tiada lagi desas-desus berkenaan hubungan cinta Zara. Seperti yang ramai tahu, Zara hanya berkawan rapat dengan seorang usahawan popular iaitu Dato Alha Alfa.

Pada mulanya, ramai netizen menyangka Zara dan Alha menjalin hubungan cinta namun ia bukanlah seperti yang disangka. Mereka sudah berkawan baik selama bertahun-tahun ya..

Dan Zara pula tidak pernah menjalin hubungan cintanya dengan mana-mana jejaka ketika ini. Beliau hanya kelihatan rapat dengan kawan baiknya, Alha dan sentiasa keluar bersama.

Baru-baru ini, Zara memuatnaik satu video di Instagramnya. Video tersebut sekaligus menjadi tanda tanya netizen apabila kelihatan Zara sedang memegang tangan seorang jejaka. Nmaun identiti jejaka berkenaan masih tidak diketahui.

Ada sebahagian netizen sengaja meneka, tangan jejaka berkenaan berkemungkinan milik adik Zara atau milik Alha memandangkan Zara juga mempunyai adik lelaki dan beliau juga rapat dengan Alha.

Melihat video Zara itu, ramai netizen juga mendoakan kebahagiaan buat Zara dan berharap agar zara bakal terima jodoh yang baik buat dirinya.

Sementara itu, video Zara yang dimuatnaik 6 jam lalu telah menerima 93,000 tanda suka dan komen-komen yang positif daripada peminat-peminatnya.

“Semoga zara dpt jodoh yg baik2 tau, zara ni cantiknya pelakon kegemaran saya dia ni, mesti tangan anak buah atau adik zara ni”- Netizen

Sama-sama kita doakan semoga Zara bertemu jodoh yang baik nanti. Ramai netizen tak sabar nak tengok Zara naik pelamin dengan jejaka pilihan dia. Siaalah agaknya jejaka yang bakal curi hati Zara kan… Yang penting,lakonan zara tetap disuka ramai sampai seekarang tau.

Sumber: Instagram zarazya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!