“Adoi Mirul memang satu dalam sejuta” – Netizen

Siapa tak kenal suami Ain Edruce, Amirul. Seorang yang pemalu dan pendiam, namun apabila diberikan vlog untuk ditugaskan, sebenarnya boleh sahaja beliau berucap meskipun agak kekok namun menghiburkan. Seperti biasa netizen sentiasa menyokong dan terhibur dengan cara penyampaian Amirul. Ain sentiasa membuatkan Amirul kelihatan segak, malah, niat baiknya untuk Amirul buang sifat pemalunya.

Bila ada topik, pasti beliau boleh bercakap dengan baik. Lihat saja vlog yang dihasilkan oleh Amirul, sangat menghiburkan.

Sebenarnya Amirul memang boleh saja bercakap macam mengacara, namun dia lebih kepada malu. Kalau dia tidak boleh bercakap macam mana mahu menjadi usahawan yang berjaya.

Macam mana pula nak memikat Ain, betul tak Ain. Meskipun begitu, peminat Amirul pun ada yang bersuara bahawa bagaimana pun sikapnya, peminat pasti suka.

Seronok pula tengok cara Ain edit video vlog yang dihasilkan oleh Amirul. Lawak sebenarnya. Rasa nak tengok sehingga habis meskipun bersabar tunggu lama dari Amirul untuk bercakap.

Meskipun caranya agak kekok, namun ramai menyukai. Sehinggakan 50 ribu sukaan diterima dan hampir 600 komen diberikan oleh peminat dan netizen.

Rasanya ramai yang sukakan cara pasangan ini berkomunikasi. Menarik dan membuat kita selesa sebenarnya. Boleh dijadikan contoh jodoh tidak perlu semua perkara sama dengan pasangan.

Adakala perlu sebaliknya. Inilah komen-komen netizen mengenai vlog yang diberikan kepada Amirul sebagai pengacaranya.

Ada saja idea Ain ingin menyakat suaminya, Mirul. Semoga terus berbahagia. Tak sabar nak lihat Soraya pula lepas ini mengacara.

Sumber: IG ainedruce

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!