“Memang klu dok dapoq kena pakai uniform ke kak oi”- Fara Fauzana

Ikatan ibu dan anak terjalin sejak anak masih ada dalam kandungan. Tidak disangkal lagi bahawa hubungan seorang ibu dan anak sangat istimewa. Lebih-lebih lagi jika si ibu dengan anak perempuan, memang rapat hubungan mereka berdua berbanding anak lelaki bersama bapanya. Keistimewaan hubungan si ibu dan anak perempuan membolehkan mereka berkongsi hobi dan citarasa yang sama.

Seperti selebriti Nurul dan anak perempuannya Ayu Nazirah, hubungan mereka anak beranak cukup rapat dan mesra. Secara umumnya, Ayu Nazirah cahaya mata pertama daripada hasil perkahwinan Nurul dan bekas suaminya Ajai.

Melihat Instagram Nurul, beliau sering memuatnaik rutin hariannya di Bali memandangkan Nurul bersama suaminya dan anak-anak telah menetap di sana.

Malah baru-baru ini, Anak sulung Nurul pun turut ada bersama di Bali bertujuan untuk melawat ibunya. Sudah pasti anak merindui ibunya kan..

Hubungan mesra Nurul dan Ayu sentiasa mencuri perhatian netizen tatkala Nurul berkongsi video mereka di Instagram. Dah sama besar anak dan ibu tau.. Sama cantik juga.

Video terbaru, Nurul berkongsi video dirakam anaknya sendiri yang menunjukkan Ayu mengusik ibunya yang sedang khusyuk memasak di dapur. Ayu jelas kelihatan gembira di samping ibu tercinta.

Jika melihat posting Nurul, beliau bersama anak sulungnya itu sering berkongsi hobi yang sama iaitu suka pergi ke gimnasium untuk melakukan aktiviti senaman bersama.

Ramai netizen juga akui, hubungan nurul bersama anak perempuannya cukup rapat dan suka melihat dua beranak ini. Ada juga sebahagian netizen memberitahu, mereka melihat Ayu lebih mirip wajah bapa kandungnya Ajai.

Sementara itu, rakan artis iaitu Fara Fauzana turut meninggaalkan komen mengusik Nurul dan anaknya.

Sukanya tengok hubungan baik Nurul dengan anak perempuan kesayangan dia, Ayu. Macam kakak dengan adik je diorang ini. Tak sangka dah besar anak sulung Nurul, cantik macam ibu dia.

Sumber: Instagram nouruldepp

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!