“Cara Wawa lip sync tu ala2 kareena kapoor pulak tengok” – Netizen

Pasti ramai yang sudah mengenali pasangan romantik Aeril Zafril dan Wawa Zainal. Di mana-mana platform sama ada Instagram dan Tik Tok, pasti akan muncul pasangan ini menari-nari. Khusunya kepada peminat Hindustan, sudah tentu tersenyu-senyum melihat mereka meniru tarian Bollywood itu. Kadang-kadang, bukan saja tarian Bollywood, tarian apa pun mereka rajin buat cover.

Mereka yang baru-baru ini baru pulang dari makan angin di benua Eropah, kini sudah pun pulang ke tanah air, ingatkan dah balik Malaysia ni, akan stop sekejap buat video. Tapi, ehh laju je upload video tarian terbarunya di tepi pantai pula.

Peminat-peminat Hindustan, kalau tengok video mereka menari-nari lagu Dil Mere Naa pasti akan tersengih-sengih sendiri. Mana tanya, sebijik macam Kareena Kapoor dan Shahid Kapoor. Pandai betul diorang buat lip sync. Smooth je macam original.

Terasa macam jeles pula dengan lovebirds ni, nak juga menari-nari romantic begitu dengan pasangan. Cantik sangat mereka berdua ni, bagai pinang dibelah dua. Ada saja idea baharu untuk cover tarian Hindustan.

Sewaktu di benua Eropah pun, mereka ada juga memuat naik video tarian cover Hindustan, Aeril siap angkat Wawa depan Eiffel Tower. Ternganga netizen sebab teruja. Ingatkan dekat negara orang malu-malu kucing nak menari. Tapi tidak bagi lovebirds ini.

Belum lagi cerita tentang outfit mereka ketika di sana. Sangatlah menawan hati. Kini mereka membawa aura tersebut balik ke Malaysia, lihatlah pemakaian gaun Wawa time cover tarian tersebut. Sangat cantik.

Bagi peminat tarian Hindustan, bolehlah selalu follow up Wawa dan Aeril kerana mereka seringkali membuat cover tarian terutamanya tarian Hindustan. Mana tahu lepas ni mereka cenderung ke tarian Tukery atau Arab pula. Pasti lebih menarik kan.

Antara komen netizen ialah “Layan citer Hindustan sgt ni”, “Rasa nyer dah boleh buat album dah kot semua ni”, “Dia datang lagi.. bersemut sangat ni” dan sebagainya. Kalau dikira, entah berapa banyak kali mereka buat cover tarian lagu Hindustan kan, boleh buat album bak kata netizen.

Justeru, setiap individu mempunyai minatnya yang tersediri, ada yang suka menari, ada yang suka menyanyi dan sebagainya. Kerana itu merupakan terapi kepada mereka dan tidak perlu lah untuk kita judge kecenderungan seseorang itu selagi iainya tidak mel4nggari batas.

Sumber : Ig Aeril_Zafrel

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!