“Dah berpengalaman patut blh adapt tp baju jugak disalahkan” – Netizen

Semenjak Ifa Raziah menyertai program atau pertandingan Terpaling Juara itu, nama beliau kian disebut-sebut. Ada yang mengatakan bahawa suara beliau tidak semerdu dahulu, malah ada juga mengatakan bahawa suaranya masih elok sama seperti dahulu. Namun lebih majoriti mengatakan suara svmbang dan ke laut. Bila ditegur pihak juri, ada saja jawapannya.

Kali ini menyalahkan ketidakselesaan baju pula. Mungkin betul baju membuatkannya tidak selesa dan terabur lari pitching dan tone untuk lagu yang sedang popular pada saat ini iaitu lagu Sepi Sekuntum Mawar.

Ifa Raziah menegaskan bajawa dia akan terus berada didalam pertandingan selagi ada yang mengundinya. Malah beliau sentiasa membuatkan yang terbaik untuk persembahannya. Apabila sedang berlatih pun beliau sentiasa berlatih dengan sebaik-baiknya dan mempersembahkan sehabis baik.

Selalunya apa yang kita mahukan adakalanya tidak berjalan seperti dirancang, gugup diatas pentas memang sedikit berbeza daripada sedang berlatih tanpa penonton dan pihak juri. Tidak hairan jika Ifa sedikit gugup, sehingga membuatkan suaranya jadi tidak semerdu yang diharap oleh penonton. Tapi jika didengar, suaranya boleh saja diterima.

Perkongsian ig tv3 ini membuatkan ramai yang memberikan komen terhadap nyanyian Ifa Raziah dan semua meluahkan rasa kesal dek kerana hasil nyanyian Ifa sebegitu rupa sehingga menyalahkan keadaan baju yang dipakainya.

Ifa Raziah juga seorang yang tidak mendengar kata-kata netizen,dan tidak membaca komen daripada ig mana-mana kecuali ig milik beliau sendiri.

Tapi beliau sentiasa menguatkan semangat diri, dan sentiasa mahukan suatu perubahan yang beliau ber4ni lakukan.

Apa saja yang tidak ada pada ruangan komen, meskipun semenjak dua ini tular nyanyian Ifa Raziah sumb4ng dan tidak sedap nyanyiannya, namun netizen jangan lupa Ifa adalah seorang penyanyi yang popular pada zaman 2000.

Pelbagai komen-komen netizen. Antara komen mereka “sp0il lagu orang”, “kenapa tak tersingkir lagi”, dan banyak lagi komen daripada netizen semua.

Mungkin kerana peredaran zaman yang lain, atau mungkinkah siara Ifa hanya sesuai untuk genre dangdut sahaja.

Sumber: ig tv3malaysia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!