“Comelnya, macam muka El”- Netizen

Sememangnya anak-anak kecil ini comel-comel belaka. Muka nya pasti akan mewarisi kecantikan orang tua nya. Yelah, keranan mereka yang melahirkan anaknya kan. Tapi, tidak lah serratus peratus sebijik, ada lah aura ydan vibes ibu bapa nya. Contohnya gaya hidung yang sama, mata dan sebagainya. Betul tak ?

Begitulah juga dengan anak perempuan kepada Elfira Loy yang bernama Nur Aria Mikayla. Tidak dinafikan bahawa si kecil itu sangat comel. Bak kata netizen, comel macam ibunya tau. Putih gebu, macam Elfira. Geram nak cubit.

Elfira dan pasangan nya kini sudah dikurnikan dua orang cahaya mata yang bernama Rayyan dan Aria. Kedua-dua nya sangat comel. Rayyan tu, bak kata Elfira macam hantu kanak-kanak dalam cerita Korea. Mana taknya, putih melepak, pipi merah.

Elfira yang memuat naik video beliau dengan Aria di kolam mandi. Bak kata Elfira, nak ajar Aria belajar berenang. Baru berkesempatan nak ajar si comel tu, yelah beliau kan busy mommy, tambahan pula ada bisnes sendiri.

Comel sangat tengok Elfira yang mengangkat Aria dan masukkan kaki si kecil tu sedikit ke dalam air. Aria sepertinya tidak tahu apa-apa yang mommy sedang lakukan. Nampak macam mummy lagi excited dari anaknya.

Sememangnya, amatlah digalakkan untuk mengajar anak-anak ketika usia nya masih kecil untuk start belajar berenang. Antara dapat merangsang perkembangan otak, membangunkan kemahiran pembelajaran dan keberanian diri.

Bolehlah daftar kan anak-anak anda di mana-mana pusat latihan berenang. Sekarang dah banyak dibuka class berenang. Kalau tak pun, boleh saja hujung minggu, ajar anak-anak secara sendiri di rumah atau mana-mana tempat yang sediakan kolam.

Tapi, memang tak dapat dinafikan bahawa Aria itu sangat comel budaknya. Tengok saja Elfira dan suami, sama cantik sama padan. Sebabtulah Aria pun comel kan. Geram je rasa tengok si kecil tu dengan abanganya Rayyan.

Tapi, bukan saja asyik sebut anak artis saja yang comel. Anak-anak orang lain pun comel juga, tak kisahlah artis atau tidak. Itu semua ciptaan Tuhan belaka. Semua diciptakan cantik-cantik belaka. Jadi, bersyukurlah.

Sumber : Ig Elfiraloy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!