“Lepas ni xboleh pggil adik la sbb adik kena panggil baby”- Netizen

Tanggal 21 September pastinya menjadi tarikh istimewa buat pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir kerana telah menerima cahaya mata sulung. Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat sepatutnya melahirkan anak sulungnya pada 8 Oktober depan. Bagaimanapun, beliau membuat keputusan untuk memilih kaedah kelahiran secara pembdahan czer menyebabkan Ayda perlu melahirkan bayi sulungnya dua minggu lebih awal daripada tarikh sebenar.

Seperti mana pasangan lain, mereka juga cukup teruja bercampur gementar menantikan detik kelahiran cahaya mata itu apatah lagi ini merupakan pengalaman pertama menjadi ibu dan bapa.

Keputusan Ayda Jebat untuk melahirkan secara pembdahan itu bagaimanapun telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen kerana pelakon itu mengakui bahawa beliau tidak mempunyai sebab tertentu atas pemilihan kaedah kelahiran secara pembdahan berbanding secara normal.

Pelantun lagu Pencuri hati itu bagaimanapun menerima kec4man dan seraangan daripada netizen hanya kerana berkongsikan kepada umum pilihannya yang mahu bersalin secara pembdahan. Netizen menyifatkan Ayda bukanlah ibu sebenar kerana tindakan penyanyi itu yang menolak untuk bersaalin secara normal kerana tidak mahu melalui rasa saakit ketika meneran.

Tenang menjawab segala kritikan, penyanyi itu berkata tidak kisahlah cara kelahiran secara normal atau czer, tujuannya adalah sama iaitu mahu ibu serta anak dalam kandungan selamat dan sihat.

Menerusi perkongsian terkini, Ayda telah memuatnaik sekeping gambar tangan anak beliau. Mengucapkan syukur di atas kurniaan cahaya mata pertama itu, Ayda berkata anaknya itu telah dilahirkan pada tanggal 21 September.

Kongsi Ayda lagi, bayi seberat 2.77 kilogram itu telah dilahirkan pada 7 malam. Beliau juga turut berterima kasih kepada semua peminat, sahabat dan ahli keluarga yang telah banyak mendoakan beliau.

Sehingga kini perkongsian gambar tangan anak sulung Ayda Jebat itu telah menerima 83.7 ribu tanda suka dan 1521 komen daripada para pengikut akaun Instagram beliau.

Gambar yang dikongsikan oleh Ayda itu, telah dihujani ucapan tahniah daripada netizen dan juga rakan- rakan artis. Netizen juga mendoakan supaya Ayda dan anaknya itu dalam keadaan selamat dan mengucapkan selamat berpantang kepada Ayda Jebat.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa Ayda Jebat juga lebih mesra dengan panggilan adik dalam kalangan peminat dan juga rakan rapat. Bagi yang mengetahui mengenai perkara berkenaan, peminat juga berkata setelah mempunyai anak, berkemungkinan besar panggilan adik mungkin sudah tidak lagi sesuai dengan diri penyanyi tersebut. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen terhadap nama timangan Ayda itu.

Ayda meluahkan rasa kesyukuran dengan kehidupan beliau yang telah bergelar seorang isteri kepada Nabil. Kemanisan alam rumahtangga bagi pasangan ini kini diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka.

Tahniah Ayda Jebat dan Nabil Mahir. Selamat menjalani proses berpantang dan kehidupan baru sebagai ibu dan bapa. Tak sabar nak tengok Ayda Jebat kembali beraksi menari menyanyi macam dulu.

Sumber: ig ayda jebat

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!