“Jgn jd mcm uncle masa tadika, uk uk bawah meja cikgu” – Netizen

Kebiasaanya, ibu bapa akan kalut apabila berada di fasa awal persekolahan anak-anak. Lebih-lebih anak kecil mereka. Terdapat persiapan yang dibuat seperti membeli beg skolah, pakaian sekolah dan sebagainya. Juga terdapat banyak pesanan dan tips yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Hal ini kelak akan menjadi panduan kepada mereka.

Begitu juga yanga terjadi kepada Almy Nadia kepada anak ketiganya yang baru pertama kali ke fasa persekolahan. Almy yang memuat naik di laman Instagramnya video beliau memberi pesanan kepada anaknya.

Beliau mengajar cara-cara memberi tahu kepada guru untuk ke tndas kepada anaknya. Bak kata Almy “Kalau nak uk uk kena bagitahu teacher”. Berdekah dibuatnya. Pesanan itu sangat legend bagi kita yang sudah dewasa ini.

Rasanya, rata-rata pernah alaminya di zaman persekolahan, sangatlah lucu bila diingat kembali. Apa kenangan anda semua pada zaman persekolahan ? Pasti banyak yang melucukan dan iainya menjadi kenangan kepada kita semua.

Itu belum lagi apabila anak-anak meragam taknak ke sekolah. Penat nak pujuk mereka yang seusiai itu. Kebiasaanya setelah beberapa hari mereka ke sekolah, barulah mereka akan merasa gembira kerana berjumpa dengan kawan-kawan baru. Setuju tak ?

Almy kini sudah mempunyai 4 orang anak. Almy juga memuat naik videonya selepas menghantar anak-anaknya nya itu ke sekolah manakala lagi seorang tidak bersekolah lagi. Beliau seolah-olah tidak mempercayai bahawa anak-anaknya sudahpun ramai ke masuk sekolah, pejam celik peja celik. Besar dah anaknya.

Tapi semua nya itu akan menjadi kenangan kepada anak-anak. Kelak, sudah dewasa, mereka akan mengimbau kembali memori tersebut sambil bergelak ketawa. Itulah yang telah dialami oleh kita yang kini bergelar dewasa.

Antara komen netizen ialah “Alahai comelnya, teacher saya nak ohhh”, “Anak sis panggil 02” dan sebagainya. Para netizen pun macam pernah alami je uk uk dalam kelas. Betul tak ? Ha ha. Sungguh melucukan.

Justeru, semoga anak-anak Almy Nadia berjaya di fasa persekolahannya. Belajar rajin-rajin dan nanti akana menjadi orang berjaya serta dapat membalas jasa ibu bapa.  Jangan uk uk dalam kelas sudah, kelam kabut pula mummy Almy Nadia nanti.

Sumber : Almynadiaofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!