“Abg Toga jgn main nih plis” – Netizen

Sememangnya tanggungjawab sebagai bapa ini amat berat dan mencabar. Memastikan anak-anak mempunyai segala kelengkapan dan sentiasa gembira adalah peranan asas bagi mereka. Ibu bapa mana je taknak tengok anak-anak bahagia, pasti ingin melihat anak-anak tersenyum ketawa walaupun kita sedang kepenatan selepas selesai bekerja. Sebab itulah, kita mesti menghargai jasa mereka di masa mereka tua.

Begitulah juga dengan Shuib, rata-rata sudah mengenali pengasas kepada perniagaan Bubblebee ni. Beliau yang di tiap harinya sibuk memguruskan kerja-kerjanya tetap tidak menjadikan alasan tersebut untuk tidak meluangkan masa bersama anak-anaknya yang tersayang.

Shuib yang kini sudah mempunyai 4 orang cahaya mata yang sangat disayanginya iaitu Uwais Al-Qarni, Dhazira Talita, Ariq Mat1n dan Ayash Affan. Comel-comel je anak-anak beliau ni. Kalau nak tahu Uwais  di usia 11 tahun dah pandai main golf tau.

Amat teruja setelah dapat tahu kanak-kanak berusia 11 tahun dah pandai main golf. Uwais  telah dilatih untuk bermain sejak dari kecil lagi. Lagipun, Shuib seorang ayah yang sangat supportive, selalu ikut anaknya pergi training dan itu juga sukan kegemaran Shuib. Like father, like son.

Sememangnya anak-anak mempunyai minat dan cita-citanya yang tersendiri, kalau dilatih dari kecil, pasti akan menjadi professional ketika besar. Boleh jadi, Uwais akan mewakili Malaysia di suka antarabangsa. Tiada yang mustahil.

Baru-baru ini, Shuib ada memuat naik video beliau bermain game elektronik di kompleks game di sebuah mall. Seronok sangat tengok gelagat anak beranak ni happy bergelak ketawa sama-sama. Macam Shuib pula yang terlebih excited main game tu, game legend katanya.

Itulah yang dikatakan kasih bapa kepada anak, masih sempat meluangkan masa bersama anak-anaknya bermain game di mall. Ramai yang memuji tindakan Shuib itu, pun ramai yang turut merasai bahagia melihat gelagat mereka.

Lebih-lebih lagi kehidupan sebagai bapa tunggal, sangat mencabar ingin membesarkan anak-anak yang masih kecil. Tetapi Shuib seorang yang sangat tabah dan dikurniakan permata hati yang sangat baik dan cekal. Antara komen netizen, ada yang berseloroh mengatakan Shuib ada iras iras Toga lakonan Yayan Ruhian dalam filem Mat Kilau..

Justeru, sememangnya keluarga bahagia adalah impian semua. Ingin melihat anak-anak membesar dengan penuh kasih sayang dan berjaya. Semoga keluarga Shuib sentiasa bahagia.

Sumber : Ig Shuibsepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!