“Robot comel, ada je akai dia tau” – Netizen

Selebriti cilik Alisa Aisyah, sinonim dengan kecomelannya dan gelagatnya yang mencuit hati. Ramai mengetahui Alisa Aisyah adalah cahaya mata perempuan milik selebriti Hairul Azreen dan isterinya Hanis Zalikha. Dan Alisa yang setanding popular dengan ibu bapanya ini telah menjadi pilihan ramai netizen lebih-lebih lagi dengan video lucunya.

Tak dinafikan, Alisa memang comel dan seorang yang lincah. Popularitinya semakin meningkat meskipun Alisa masih kecil lagi. Ramai netizen sentiasa menantikan video-video Alisa yang dimuatnaik di Instagram.

Selain Alisa, abangnya iaitu Yusuf Iskandar turut menjadi perhatian netizen. Dua beradik ini sememangnya popular dan diminati ramai. Hubungan dua beradik ini juga cukup rapat dan membuatkan ramai netizen suka melihat cara Yusuf melayan baik adiknya.

Walaupun Yusuf kecil lagi, sikap penyayang dan sikap matang jelas dilihat pada Yusuf sendiri. Suka tengok Yusuf tunjuk kasih sayang dekat Alisa.

Baru-baru ini, gelagat Alisa mencuri perhatian netizen selepas Hanis Zalikha berkongsi sebuah video di Instagram Alisa.

Dalam diam, Hanis Zalikha merakam gelagat anaknya Alisa yang menari seakan-akan seperti robot. Lucu sekali Alisa ya..

Dah lah comel, suka buat lawak pula ye Alisa ni.. Kita yang muram satu hari pun boleh tersenyum melihat gelagat Alisa ni..

Dalam video tersebut, kelihatan Alisa dan Yusuf sedang menari sambil mendengar lagu. Lebih mengejutkan apabila Alisa dengan spontannya menari dengan gaya robot di hadapan ibunya.

Video Alisa telah mencecah hampir 400,000 tontonan selepas dikongsi beberapa jam yang lalu. Rata-rata netizen memberi pelbagai respon di ruangan komen.

 

Amboi alisa ni, suka buat lawak ye rupanya. Itulah anak nombor dua ni memang penghibur agaknya kan..

Sumber: Instagram Alisaaisyah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!