“Best giler segment ni, dua2 power tak puas tengok” – Netizen

Artis yang mempunyai vokal yang tinggi dan mantap pasti akan mendapat sambutan tawaran nyanyian. Begitu juga apabila dua nama meningkat naik dan sama-sama semakin popular, pasti lagu dicipta untuk dua penyanyi hebat ini bergandingan bersama. Apatah lagi gabungan vokal yang mantap dan padu apabila bergabung. Antara penyanyi yang bergabung dan mantap seperti Khai Bahar dan Aina Abdul.

Diundang sebagai tetamu undangan di meletops, Khai Bahar dan Aina Abdul diminta menyanyikan semula tajuk lagu yang diberi. Dan sememangnya ia sangat mudah buat mereka.

Segmen di Meletops ini apabila tajuk lagu diberi, mereka perlu menyanyikannya. Dan nyanyian mereka sangat baik dan bagus. Mereka berdua ada lagu bersama iaitu Nafas Cinta, dan pernah memang anugerah di ABP baru-baru ini. Gandingan mereka diminati peminat.

Kedua-dua penyanyi ini masih belum berpunya, jadi ramai peminat mengusik mereka, namun, mereka mengakui hanya sekadar berkawan biasa dan tidak menyimpan perasaan lebih dari itu.

Apabila diminta menyanyi bersama, ia satu gandingan yang ditunggu-tunggu peminat meskipun masih ada yang tidak selesa apabila mereka bersama berduet kerana ketidak serasian suara gabungan.

Khai menerima teguran dengan terbuka dan mencuba perbaiki yang perlu, begitu juga Aina. Namun jika diberi lagi kesempatan untuk bersama berduet, pasti mereka akan menerimanya.

Setiap komen-komen yang mengkritik pasti mereka akan mengambil untuk pembetulan dimasa akan datang, dan setiap komen yang membina adalah baik untuk perkembangan nyanyian kami.

Netizen bebas memberi komen kepada artis kesayangan mereka, apatah lagi dua penyanyi yang hebat ini berada di pentas kegemaran mereka. Ini antara komen daripada peminat-peminat mereka.

Mungkin lagu balada tidak sesuai untuk gabungan mereka berdua namun mungkin penulis skrip dan komposer boleh membuat lagu lebih rancak kepada mereka.

Sumber: ig melet0ps

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!